innalillah...
takziah buat sahabatku yang baru2 ni kehilangan ayah. walau berapa sedih pun kitorg rasa, lagi sedih kamu dan keluarga. ingatlah, yang pergi telahpun melepasi tahap cubaan di dunia. kita yang tertinggal ni sebenarnya lebih menyedihkan kalo tak ambil iktibar.
"ya Allah, jika Kau siksa mayat ini, segalanya adalah kerana dosa2 nya sendiri. tetapi jika Kau ampuninya, segalanya adalah kerana kebesaranMu yang maha agung."
begitulah antara petikan talkin yang aku rasa cukup meresap kalbu bila aku dengar. lagi satu part "segalanya benar". mati, alam kubur, soal jawab, siksa kubur, pengadilan, mizan, titian sirat hinggalah syurga dan neraka... semuanya benar.. talkin ni memang untuk kita yg masih hidup. sebab tu masa awal2 Nabi berdakwah, baginda tidak menggalakkan orang melawat kubur pasal masa tu org pegi kubur untuk tujuan syirik. bila Islam dah berkembang dan iman mula meningkat, baginda menggalakkan ziarah kubur. semuanya supaya kita sentiasa mengingati mati.
orang yg paling kuat ialah mereka yg bersabar.
orang yg paling bijak ialah mereka yang sentiasa mengingati mati.
lagi satu, selepas 7 langkah sanak saudara yg terakhir meninggalkan kubur, roh si mati akan dipulangkan ke tubuhnya dan bermulalah soal jawab. jadi, ada satu ustaz ajar.. apabila selesai urusan talkin dan siram2 air tu, sebaik2nya ahli keluarga terdekat; isteri @ suami dan anak2 duduk dan baca al-Fatihah 3 kali, selawat, doa minta diampunkan dosa2 si mati. ustaz tu cakap, yang tak boleh duduk dlm golongan terakhir ni ialah golongan/org yang menyebabkan kematian si mati tadi. juga ustaz tu bagitau sebaiknya isteri, bukan madu si mati (jika si mati ialah lelaki berpoligami). rasional? wallahuallam.. yang pasti, jangan lak tak nak balik2 sebab tak bagi malaikat datang.. dia datang jugak beb... cuma kita yang hidup ni terpisah dari mengetahui urusan2 alam kubur.. Subhanallah..
bagi yg berhajat untuk menghadiahkan pahala kepada si mati, bolehlah menunaikan solat hadiath. nak tau? sila rujuk buku2 panduan solat2 sunat. buatlah.. tu sebab manusia ni ada keturunan. supaya kita boleh berubah menjadi anak yang soleh dan layak untuk menyampaikan pahala2 kepada org tua kita.
satu kisah.. ada seorg pengembara bertanya kpd seorang sufi, di manakah arah menuju ke kota. lalu ditunjuk ke satu arah. maka dgn lajunya pengembara berjalan menuju ke arah yg di tunjuk. sampai hujung jalan.. yang nampak ialah kawasan perkuburan. marahlah si pengembara dan terus berkejar semula ke sufi tadi. selepas puas kena sound dgn si pengembara, maka berkatalah si sufi.. "bukankah kota ialah tempat manusia semakin ramai berhimpun?"..
buat sahabatku, semoga Allah swt mencucuri rahmatNya kepada roh si arwah. berazamlah kuat2. moga dimudahkan perjalanan kamu. sesungguhnya jalan yg dipilih bakal memudahkan urusan kamu sekeluarga di akhirat nanti. aku bersyukur memiliki kamu sebagai sahabat.
... al-Fatihah