Feb 16, 2008

pindah

pilihanraya dah dekat, kata kak lily.. parlimen bubar.. macam ni seme orang makin bz berpindah randah.. ada yang pindah jawatan, pindah nama ke sana sini.. heh.. ada yang bawah umo lagi ke? byl? ko dah boleh ngundi ke? tak boleh kalu, dok diam2 tgk org tua ngundi haw haw haw..

sebona eh.. den ni pun terlibat gak dlm keja2 ngundi.. tak pedulik belah mana.. dok bz keja2 cetak baju, poster etc.. aku tak la berdiri pegang mic walopon tingin sgt nak nyanyi karaoke.. kekadang dok tepikir gak, pasai pa depa tak buat undi sms cam af? boleh dapat beg besar gedabak kalo kena pindah jawatan.. sape tak menang leh nangis2 sambil peluk kaki lawan hahahahahaha..

ckp pasai pindah.. aku sekarang bz jugak pindah umah. apa nak buat, terpaksa setelah habis harta2 ku di rampok semasa raya cina.. huhu.. tu pasal aku jrg sgt on9 sbb byk benda nk kena urus. kekadang rasa cam nk dok bilik sewa je, tapi brg byk.. so, kena carik rumah yg sesuai. amek byk masa utk keja2 camni. hope ni umah last b4 move in umah sendiri next year..

apa nak buat kan...??

Jan 28, 2008

renggang nyawa

terpalit hitam noda berhimpun
saat halkum tertarik meregang kejap
berbolak balik nafas rengkuh mendalam
tergetar anak mata buka katup terbuntang
urat nadi mula kendur tanda tiada kudrat
genggam erat jari cuba selindung dosa keji
kacip mulut rapat-rapat agar tersimpan rahsia

genang airmata kesal
tangis hati kental
pilu perasaan bebal
dulunya engkaulah kebal

sebentar rupanya di dunia
dulu semalam fikir selamanya
terkedang membalikkan amanat
terlentang menadah rahmat

jika ada..

terjal hati dulu dabik dada menongkat langit
kini sesuap air cuma minta belas isteri
beribu helaian kitab suci cerita dunia sana
masih terus mengira kertas bernama duit

jika boleh beli syurga
jika boleh rasuah penjaga neraka

hirup udara terakhir
makin berbau khinzir

pandang anak paling tidak berguna di dunia
berlinang mata mengemis doa darinya

selamat menuju ke alam baqa
juga... moga selamat di sana

Jan 20, 2008

mari mencuci sawang

haihhh...

bersawang dah umah aku nih..

hahaha..

apa kabar semua? lama dah tak mengapdet nih.. bz semacam. baru je balik dr o/s. tangguh 2 hari kat singapore utk menyaksikan 'dream theatre'. dorg main kat fort canning. best gilak!! semacam je tgk mike portnoy hentam drum dia.. main progressive metal. nak harap datang mesia, ntah bila la..

dream theatre

news untuk peminat speed metal.. Helloween bakal beraksi di singapore tak lama lagi. tiket S$98. mahal giler. kalo ada sesape pegi, kasik roger. boleh lepak2 kat sana.

album peberet!!

callo betey!!

Jan 8, 2008

bukan sekadar renungan

innalillah...

takziah buat sahabatku yang baru2 ni kehilangan ayah. walau berapa sedih pun kitorg rasa, lagi sedih kamu dan keluarga. ingatlah, yang pergi telahpun melepasi tahap cubaan di dunia. kita yang tertinggal ni sebenarnya lebih menyedihkan kalo tak ambil iktibar.

"ya Allah, jika Kau siksa mayat ini, segalanya adalah kerana dosa2 nya sendiri. tetapi jika Kau ampuninya, segalanya adalah kerana kebesaranMu yang maha agung."

begitulah antara petikan talkin yang aku rasa cukup meresap kalbu bila aku dengar. lagi satu part "segalanya benar". mati, alam kubur, soal jawab, siksa kubur, pengadilan, mizan, titian sirat hinggalah syurga dan neraka... semuanya benar.. talkin ni memang untuk kita yg masih hidup. sebab tu masa awal2 Nabi berdakwah, baginda tidak menggalakkan orang melawat kubur pasal masa tu org pegi kubur untuk tujuan syirik. bila Islam dah berkembang dan iman mula meningkat, baginda menggalakkan ziarah kubur. semuanya supaya kita sentiasa mengingati mati.

orang yg paling kuat ialah mereka yg bersabar.
orang yg paling bijak ialah mereka yang sentiasa mengingati mati.

lagi satu, selepas 7 langkah sanak saudara yg terakhir meninggalkan kubur, roh si mati akan dipulangkan ke tubuhnya dan bermulalah soal jawab. jadi, ada satu ustaz ajar.. apabila selesai urusan talkin dan siram2 air tu, sebaik2nya ahli keluarga terdekat; isteri @ suami dan anak2 duduk dan baca al-Fatihah 3 kali, selawat, doa minta diampunkan dosa2 si mati. ustaz tu cakap, yang tak boleh duduk dlm golongan terakhir ni ialah golongan/org yang menyebabkan kematian si mati tadi. juga ustaz tu bagitau sebaiknya isteri, bukan madu si mati (jika si mati ialah lelaki berpoligami). rasional? wallahuallam.. yang pasti, jangan lak tak nak balik2 sebab tak bagi malaikat datang.. dia datang jugak beb... cuma kita yang hidup ni terpisah dari mengetahui urusan2 alam kubur.. Subhanallah..

bagi yg berhajat untuk menghadiahkan pahala kepada si mati, bolehlah menunaikan solat hadiath. nak tau? sila rujuk buku2 panduan solat2 sunat. buatlah.. tu sebab manusia ni ada keturunan. supaya kita boleh berubah menjadi anak yang soleh dan layak untuk menyampaikan pahala2 kepada org tua kita.

satu kisah.. ada seorg pengembara bertanya kpd seorang sufi, di manakah arah menuju ke kota. lalu ditunjuk ke satu arah. maka dgn lajunya pengembara berjalan menuju ke arah yg di tunjuk. sampai hujung jalan.. yang nampak ialah kawasan perkuburan. marahlah si pengembara dan terus berkejar semula ke sufi tadi. selepas puas kena sound dgn si pengembara, maka berkatalah si sufi.. "bukankah kota ialah tempat manusia semakin ramai berhimpun?"..

buat sahabatku, semoga Allah swt mencucuri rahmatNya kepada roh si arwah. berazamlah kuat2. moga dimudahkan perjalanan kamu. sesungguhnya jalan yg dipilih bakal memudahkan urusan kamu sekeluarga di akhirat nanti. aku bersyukur memiliki kamu sebagai sahabat.

... al-Fatihah