Oct 31, 2007

suami, cinabeng dan dot dot dot

aku paling benci dengan sikap tidak bertanggungjawab! baru2 ni membe aku (bukan baik sgt pun), kol aku mintak dtg tolong bukakan pintu sebab terkunci dlm umah. risaukan dia, aku memecut mcm kapal selam ke umah dia. seb baik aku x sondol pasu jiran dia. smpai je, aku kol dia..

aku : ko kat dalam ngan sape?
cinabeng : aku kat opis
aku : laaa... abis yg ko mtk aku dtg ni pahal? sape lak tekunci?
cinabeng : bini aku. aku x sempat balik, ade miting. ko tlg pecahkan mangga tu. aku tak perasan kunci wife aku, aku terbawak dlm keta..
aku : haaaaaa!!!!!!!

skang baru tau pasal apa org panggil dia cinabeng!! &*%# cinabeng ais betul. mau aku tampar2 je.. walhal jarak opis dia & aku dengan umah dia sama jauh je. ada jugak manusia macam ni???

pendekar mustar : ini betul2, bukan cobaan... haihh

Oct 29, 2007

kami / kamu / mereka

jangan pandai menggelar nanti tercabang lidah bagaikan ular
kami harap syafaat, kamu menghindar rahmat, mereka caci kesat
kiblat merata walhal kitakan punya tujuan yang satu, bukan buntu
cuba lihat anak-anak kami bermainan kejar mengejar sambil lapar
bertangis harap nasi terhidang sehabis permainan berkejaran
kaki mengudis tapi jiwa membesar, kami juga nyaris tersasar
harap kamu, kami mati, mereka masih terus mencaci makin keji
anak-anak kami habis usia bermatian menegakkan tanah ini

kamu gila kuasa, kami lapar nasi, mereka makin berisi
kamu mandi emas, kami dalam lumpur, mereka bermain salji
kamu meniti sirat, kami sudah sampai, mereka jauh di bawah

bukankah kami telah kata, kamu ketawa, mereka menganga

lupakah kita semua di tanah yang sama?

aku penyangak?

apa rasa kalau orang kata kita macam penyangak?

9.30am

aku berjalan2 sambil usha menu sarapan kat food court MPPJ, seksyen 14, PJ. gerai2 ni kat tingkat satu bangunan kedai sebelah coffee bean. aku terpandang satu gerai ujung, ada ramai orang berbaris. mesti sedap nih.. aku pun ikut beratur sambil tengok2 apa yang makcik tu jual. ohh, rupanya lontong. lain macam je aku tengok lontong ni. special kot? bila sampai turn aku, aku order lontong berlauk sambal sotong. tak sabar nak melahap dah ni..

9.45am

sambil hirup nescafe, aku melayan perasaan breakfast sorang2. memang chef recommended la lontong ni. ada telur rebus separuh, kerisik kelapa pedas2 dan sambal sotong yang best. aku layan slow2 sebab aku tak tahan pedas. kang terbelahak, mampos...

ceritanya...

tengah makan2 tu aku terdengar ada sorang akak tu tengah layan borak dengan member dia.. "rambut panjang macam penyangak. ni mesti tak mandi seminggu. kalo masuk meminang, mampos la aku nak terima orang camni", gitulah yang aku terdengar soksek dia lebih kurang... arrghhh..

persoalan :

pertama : bila pulak aku kenyit2 mata kat dia?

kedua : laa.. tak kawin lagi rupanya.. (memilih sangat.. padan muka!)

ketiga : hinakah aku berambut panjang?

tapi aku tak pernah menyusahkan sesape pon selama ni. malah aku rasa aku cuba untuk jadi manusia, bukan sekadar penghuni bumi. dan aku tak pernah kesah apapun penampilan orang lain. apasal la kalo berambut panjang, cepat je orang label kita? walhal yang aku tengok ramai kena tangkap polis hari2 tu, tak semua pun berambut panjang.. sampai bila la fenomena ni nak berakhir (chewahh..).

moral of the story

berambut panjang adalah kebebasan individu selagi kita menjaganya dengan baik. dan apa masalahnya manusia yang selalu sangat peduli dengan menda2 kecik macam ni sedangkan banyak lagi hal lain yang lebih besar perlu difikirkan.

Huh...

mood design for BYL

simple je sebab aku agak busy dan ketandusan idea. :)

Oct 27, 2007

kaduk punye pasal

ari ni best. takde sape pun kol atau miskol mahupun sms. rase pelik tapi hati aku tenang gila. kan best kalo hari2 camni. aku pun tak buat apa2 kol langsung. teruskan dengan kerja2 yang menimbun dan tak terasa hari makin malam. membe aku lak baru abis begayut pakai tepon opis. dah lapan jam aku rasa dia mengayat dalam phone tu. mampus la ko kaduk.. aku xnak bagi pinjam duit bayar bil bulan ni.. tapi kenapa ah? jarang2 camni. slalunya hp aku vibrate memanjang.. tanpa segan silunya aku main game lepas setel keja2 rabak tadi.

tengok jam dinding.. aiseh.. dah kul 8.34pm

tengok keliling.. membe bangang aku dah blah tanpa wasiat.. cett

tengok hp.. ALAMAK!!! bateri tadak ka??? macam x cas je smalam...

aku dapat rasakan esok adalah hari bz aku memberi penerangan kepada seluruh makhluk yang try kol2 aku ari ni. mesti org kol opis tapi ngage. suwey punye kaduk. tapi tu laa.. aku memang malas usha2 phone. akibatnya, ari ni aku lebih bangang dari membe aku yang memang bangang alamiah tu.

sms? malas aku nk balas. buat2 bodo cam kaduk je laa..

huhuhu

Oct 25, 2007

action, click, flash...

salah satu program aku di bulan puasa baru2 ni. aku kena pegi ke pulau kecik kat area jakarta untuk scenary photoshot. giler rabak rakit ni. ngeri aku.. tapi aku berjaya melaksanakan misi tu dalam masa 2 jam je. sori, gambar2 tidak dapat dikongsi sebab byk muka aku.. tgk je la gamba wak pemandu arah tu.. hehehe... hensem apa..

malangnya.. trip aku ke Sepa Island esoknya tidak membuahkan hasil sebab hujan lebat mencurah2 sepanjang hari. dok area challet je sambil menunggu waktu bebuka. mujur group dive tak jadi datang. kalo tak, mampus aku menjawab sebab apa hari ujan. jawab sebab katak panggil, boleh? tapi best gak tgk ujan kat sini. aku diberikan kediaman cottage challet yang lengkap. just enjoy walaupun berpose.. so, program photoshot aku di sini terbengkalai. terpaksalah aku guna image2 lama yg akan memecahkan kepala aku untuk meng'edit'nya. tapi aku dah train member aku yg kena tunggu group dive datang esoknya. area mana yg aku aware, angle2 menarik dan camera spare aku dah kasi kat dia. cuma tinggal dia snap je. pastu email kat aku. sampai balik town pun aku dok kol2 dia. bukan apa, kang bangang dia datang, terlupa ke.. apa ke.. mampus aku. dateline beb..

banyak betul perjalanan aku. cuma ralat skit sebab keja time pose. tak dapat nak jamah makanan sedap2 yg cuma dijual waktu siang. tapi takpa.. dugaan mesti ada, baru best life camni.

dan aku mula menerima sms dari seseorang.. hehehe..

tenang di lautan

day 1
day 2

suatu tempat yang amat menenangkan. riak gelombang mengingatkanku kepada kebesaranNya, kekuasaanNya dan kesempurnaanNya. Suasana di lautan benar2 menyedarkan betapa kecilnya aku di sini. matahari mulai tenggelam menandakan masuknya waktu berbuka.. dan dengan perlahan aku menguyah kurma sambil terus menginsafi diri.. sengaja aku menenangkan jiwa di sini bertemankan bintang di langit..

malam tu aku memancing dengan perasaan yang sukar digambarkan. getusan joran sesekali mencuri pandangan namun aku terlalu asyik dengan kenangan dan bintang2. fikiran memutar2 waktu di selang seli dengan deruan ombak menghambur.. suasana dingin namun mendamaikan...

ahh.. kenapa aku perlu pulang?

Oct 24, 2007

warung pak kosan

semasa aku singgah di JaTim baru2 ni, sempat pulak singgah bebuka di sebuah warung kepunyaan pak kosan. warung ni memang tempat peberet aku sebab dia akan masak bila kita order. so, sentiasa panas. lagipun, tokey warung nih memang dah kenal aku. warung ni kecik je tapi bersih dan agak jauh dari jalanraya. bukan apa, kebanyakan warung2 kat sini biasanya di tepi2 lorong / jalanraya. so, agak kotor sebab byk kereta lalu lalang. sambil2 makan tu aku usha gak sekeliling, manalah tau kot2 lalu mariana renatta ke, julia perez ke, revalina ke.. hohoho... yelah.. mana tau kan.. nak makan kat hotel, macam tak best lak aku tgk. murah tapi tak kena selera. lauk macam2 ada termasuklah ayam goreng dengan kepala2 skali. ishhh.. nape tak letak kepala kambing dalam tray tu skali.. ape daa...

"tambah es jeruk buk," kata aku sambil melipatgandakan pengusharan meliputi depan kedai cd kat ujung jalan. alahai... rabun dah rupanya aku ni.. tak berapa nak nampak la pulok. bebuka kat sini awal.. kul 6.15 dah leh makan. tapi ari dah makin gelap. mujur la warung ni ada lampu. kekadang tu aku tgk, lampu gas je. selambe.. janji jualan laku. bukan org nak makan lampu, ye tak? sesekali aku sengih2 kat cewe kat depan aku. bebuka sorang2 lak tu.. tapi aku rasa dia ngeri tgk aku kot. rambut mengalahkan dia.. hahahaha.. pakailah pantene.. dijamin oleh lever brothers.. sengih je la.. pak kosan plak sebuk dok citer pasal ekonomi negara dia kat aku yang tak berapa paham ni. dia nih golongan puak berhaluan kiri. maksud aku, dia ni geng pembangkang. lantak ko la labu.. abis dengan negara kita pun dia sebut2. mane yang dia tibai tu, aku back up la. sampai kes negarakuku tu pun dia tau. tang tu dia marah giler. patriotik la pakcik nih. salute2.. bini dia plak sebuk marahkan anak tak moh pakai baju. org nak makan pun jadi kecoh. tapi kat sini memang budaya diorang cakap terus terang. pada kita mungkin agak kasar tapi itulah mentaliti diorang. cuma kekadang aku rasa sifat tu tak sesuai dipraktikkan depan pelanggan. atau mungkin aku je terasa kot.. org dia slambe je. ape2 je la...

aku beredar lepas bayar harga rp20000. lebih kurang rm7 je. tapi makanan yang aku tibai macam2. ayam setengah ekor, nasik, ulam, sayur kangkung tumis dan es jeruk 2. kalo kat tempat kita aku rasa mau rm20 kot. silap2 lebih lagi. sebelum blah sempat bersalam2 dan wish slamat ari raya, sempat gak ulur duit raya ke anak pakcik kosan nih. comel budak nih. suka aku tgk gelagat dia.

aktiviti malam? terawih la.. terawih kat sini meriah macam malam raya.. ramai giler manusia. siap takbir2 lagi.. dan aku pun terus teringat kat org tua di kampung.. huhu

kena 'ketik'

saiz dua jari
warna kemerah2an
kaki beratus2
panjang sejengkal

amenda tu?

LIPAN BARA !!!

yaa... peristiwa raya yg amat menyakitkan kaki aku. skali lagi aku kena 'ketik' dengan menatang ni. sakit ya amat. sedap2 je gigit aku pastu lari masuk semak. ko ingat ni main polis sentri ke?? hensem sgt la tu..

warna biru lebam
saiz syiling 50sen
rasa panas suam2
jangkamasa 3 hari

agak2 amenda?

skali lagi aku jumpa, memang aku kitai cukup2!!! sakit la macha...

program hari raya ke-2

raye dah pun lepas. tinggai mood raye dengan serdak kue je. byk org juai lemang tepi jalan. tak peduli ujan ribut petir.. cari rezeki beb. tapi raye baru ni aku terlibat dalam majlis merisik.. hehehe, bukan aku. tapi anak sedara daa.. tapi aku perasan perubahan dari kebiasaan tradisi. setau aku org dtg merisik anak dara org, kena la bawak cincin tanda. baru2 ni aku tgk dorg bawak buah dengan kek je. ni majlis makan2 buah2an tempatan ke? mujur musim durian dah abis. kalo tak naya je nak tatang menda alah tu atas dulang. tapi aku jadi mushkil sebab kalo org merisik tak tanda dengan cincin, takkan tanda pakai kek lak. ke adat tu dah tak relevan? mahal kot emas skang ni? tapi beli handphone memahal boleh lak. mungkin adat kita yg terhakis kot? aku rasa zaman skang ni org dah makin tak peduli pasal adat. kalo boleh, nak kawin terus kot.. tak yah pening kepala buat kenduri. tapi aku tgk kenduri skang makin hebat. dulu2 org bagi bunga telur, skang bagi mug (aku penah tgk). tapi at least still ada buah tangan. kalo bagi bunga telur pun silap2 org buang je. tu lah org melayu, adat berhalus.. budaya berbudi memang dikenang. org datang dapat makan dan buah tangan. pastu salam berkaut.. untung2 not merah. bukan apa, kesian tuan rumah abis bebelanja sakan. tapi majlis merisik yang aku tgk baru2 ni menyentuh perasaan jugak. masa keluarga lelaki nak balik, kedua bakal besan berpelukan tanda gembira anak mereka akan disatukan. dua ekor budak tu lagilah sukenya.. perhubungan yang direstui kedua pihak bakal disegerakan ke jinjang pelamin.. hehehe, kami yang dok perati ni jugak tekulat2 makan buah2an tempatan tadi.. hehehehe..
p/s: si lelaki dok jeling2 je awek dia tu.. hishh, baru merisik dol, bukan lesen tu. tapi sekurang2nya kalo tepon nanti taklah kena sembur.. hak hak hak... jangan lupa buat overtime.. kang nk kawin kena gi bank rakyat lak....

pengalaman?

"pengalaman mengajar erti kehidupan"

sebaris ayat yg selalu diungkapkan oleh ramai manusia. tapi selalunya pengalaman sekadar bertukar menjadi ingatan. bukan benar2 menjadi pengajaran. bodohkah kita kerana melupakan segala pengalaman yang dilalui semata2 kerana ianya pahit? atau butakah kita kerana ianya kurang menarik? pengalaman yang kita kutip sepanjang kehidupan ini adalah cermin keperibadian kita. jika tidak dipedulikan, mungkin kita akan lupa dan terpaksa melaluinya sekali lagi. sedangkan telah tersedia panduan dari pengalaman tersebut yang dapat memberi erti kemanisan mahupun kepahitan dalam kehidupan. jika takut pada kegelapan, pasti kita akan cuba meneranginya. namun jika tidak pernah merasai, bagaimana kita tahu bahawa gelap itu menakutkan?

rasailah kesakitan kerana dari situ kita tahu apa penawarnya.. peace