Dec 30, 2007

happy new year 2008 !!!

bismillahirahmanirrahim..

semoga anda semua diberkatiNYA dan beroleh kesenangan serta kemudahan dalam apa2 juga perkara yang dilakukan. saya doakan kesejahteraan keluarga anda dan bersamalah menghayati erti tahun baru dalam pendekatan yang paling bermakna. janganlah kita terlalu bersuka ria kerana tiada makna tahun baru yg bakal disambut jika kita berada di hospital atau lokap. juga peliharalah nama baik keluarga dan maruah diri. anda mampu mengubahnya..

esok nak balik kg lagi.. nk bikin kamben panggang. new year ni menu darah tinggi. sate ada gak. plannya nk bikin isnin malam. selasa pagi tu jemput seme sedara dekat2 umah. rabu pagi lak seme beratur g spital.. hahaha.. saya tidak mampu mengubahnya..

pinjam gambar dr internet

transformers?


bagi yang bakal bercuti ke mana2 menaiki kenderaan, jangan memandu laju. saya masih mahu bertemu anda di tahun 2008!

selamat bercuti

Dec 26, 2007

bila aku nak pulangkan duit kastemer cun yg tersilap bank in

terbaur2 perasaan bila ada org tu kata..

"tak kemana pon kalo ko jujur, duit lagi penting! biar je sampai dia perasan"

BODOH! - pang selepuk aku rasa macam kena tumbuk tepat kat idung aku. ehh tak.. org tu tak sampai kalo nk tumbuk aku. rasa kena maki tu macam kena tumbuk. aku terus je transfer duit tu pakai maybank2u.

ya.. org tu pandai.. tapi pelik, sebab masa aku jumpa dia se family baru2 ni, aku dengar dia kata kat anak dia..

"jihan tak baik cakap bohong, nt lama2 mencuri" la la la yada yada kuci kuci yoda pendek bla bla

hahahahaha nak je aku gelak guling2

Dec 21, 2007

kerbau menjeleskan diri, kambing suka ati

sedang membeli tiket 'i am legend'

selamat bekerja dan cuti semula sempena kismas minggu depan. aku baru je balik dr kg. ingat nk sambung cuti tapi acara riding akan bermula masa kismas nih. so, kena balik awal utk persiapan kuda besi aku. raya ni, acara makan2 mmg memenatkan jiwa raga aku. ohh.. aku hampir terlepas semayang raya pasal keta buat hal. silap aku gak, dok tibai rendang sampai seme adik beradik aku blah dulu. seb baik tumpang cik raman, bepoloh dia kayuh beskal sebelum aku ganti dia. haha.. aku mengayuh beskal? giler kejap aku rase. mase kayuh2 tu aku nak buat willy tapi mengenangkan dulu gigi aku retak sebatang sebab aksi melampau tu, aku diamkan je semangat me'willy' walopun mmg membuak2 sgt2 nk bikin. baru satu kampung tau aku masih juara willy ahak.. kalo lah aku willy, alamat kain cik raman je la yg sampai mesjid..

kerbau ditumbangkan 9 ekor. seramai 15 org pakcik2 dan atuk2 lak tumbang dek bahana daging high kolestrol. mujur klinik bukak, kalo tak mmg ramai terkorban taun ni.. sebatang pokok tumbang untuk meluaskan kawasan penyembelihan. dua tiga anak dara tumbang tengok rambut aku. ngeh3.. aku lak tumbang sebab memikul peha kerbau utk di lapah. sekian laporan penumbangan sempena raya kali ini.

malam raya tu, sepupu sepapat sepipit seme lepak kedai, ngeteh.. mcm2 cite dr cite awek, hindraf sampai la cite nk bebini lagi. pelbagai topik sehangat kopi yg di teguk. aku? aku minum teh ais je.. hehe

joran aku tak terusik.. ingat kan sempat nk mancing, gua silap.. sebelum blakang aku kena libas batang pancing dek mak aku yg garang tu, baik aku tolong dia ape yg patut. mak aku mmg garang dan kiut..

dan kambing di kampung aku mula bejoget2 sbb takde sape korban kan dorg. aku mmg perasan kobau2 tu jeles.. hehe

Dec 18, 2007

selamat bercuti sempena hari raya

suasana sedih menyelubungi mr big (bukan nama sebenar lembu itu) setelah mendengar pengumuman bakal menjadi korban untuk raya taun ni. hehe

Selamat Menyambut Aidiladha buat semua kawan2 yang rajin menjenguk/mengumen blog saya ni. Juga buat yang terserempak atau terlalu-lalang. sesungguhnya anda semua byk mengajar saya berkenaan pelbagai perkara.

antara perkara yg terpenting.. saya menjadi peka. dan saya amat peka jika ada program makan2. hahaha

Dec 14, 2007

rock kapak malaya

gambar ihsan wikipedia, bukan majalah mastika

gambar ihsan filem Rock, bukan paper metro

http://www.lagendarock.com/


sesapa rasa nak jenguk2 atau berforum dgn rockers2, leh la masuk ke link atas tu. macam2 info ada. aku pun baru je daftar balik sbb dah lupa password. :)

saje nak godek2 info pasal diorang ni. dulu2 abis rtm gam. pastu lelame, diorg jugak yg legend. semua benda kalo kita pandang negatif, negatif la jadinya.. bukan seme yg nampak buruk tu tak elok. tapi kalo nmpak buruk, prangai lak huduh.. mmg la..

masa aku lahir, zaman rock ni dah berkembang. bila pandai nyanyi2 masa kecik, masa tu zaman wings kot. album belenggu irama. kalo nk kira zaman rock yg kental2, ialah bg brader2 umo 35 kot. masa tu byk pertandingan rock kecik2 dan "battle of the band". ohh.. cakap pasal contest2 ni, 28/12 - 30/12 ada program mag rottw kat perangsang golf club, templer (rawang la ni). ada music klinik dan final band competition. ada byk gak band2 jemputan pada 29hb tuh.. sila layari http://www.myspace.com/rottw untuk maklumat lanjut.

dengar kata lak, bulan 5/08 ni SYJ main kat CM. betui ka? hahahaha kental nih..

Dec 10, 2007

aku mual tarian itu

mereka menari nari
gaya sumbang langkah jalang
liuk gemalai ikut resam angin
terkadang rebah sesekali tercacang

tanpa makna namun,
ada rasa
tanpa siapa tapi,
ada bangga

malah rasa itu saling bertaut
... dan bangga itu makin ke laut

bukankah bijak pandai ada berkata
resmi bijak tunduk menanti?

jika berkilau permata kerana harga
maka sihat kerbau kerana kubangnya
jangan hanya bijak menilai permata
hingga lupa kubang untuk siapa...

Dec 6, 2007

beauty in darkness playlist

hapdet?

yaa.. sila layan lagu..

sila2, jgn malu..

jgn bersila dengar lagu..

heh :)

Dec 1, 2007

sempitnya dunia kita

dunia kita sempit
makan di kedai mereka hidang
konfem berlindung di sebalik kulit
tak kan india malaysia tak tahu bahasa melayu?
warga kita makan penuh selera

dunia kita sempit
kerap diberitakan mereka ramai di pusat hiburan
mustahil cina malaysia yang melarat?
ohh.. rupanya cina dari dari tanah besar
warga kita juga yang tercekup sama

dunia kita sempit
dalam pejabat ada shahrukh khan
pakaian kemas, kuat main mata, untung2 sangkut
sampaikan ada yang terpikat, terkahwin, ter....
mana pergi warga kita, semua malu pegang penyapu?

dunia kita sempit
di jalanan dan bangunan kita lihat mereka bekerja
tubuh kecil, mata sedikit sepet, berkulit cerah
gunung everest ditinggalkan, ke malaysia mencari untung
warga kita pula sibuk nak ke sana mencari nama

dunia kita sempit
cuba lawat pasar borong selayang
mulanya mereka mengutip sampah sayuran untuk dijual
sekarang sudah mula buka kedai, jadi tokey.. haiya
warga kita jadi kuli? haiyaaaaa...

dunia kita sempit
dulu mereka berbasikal menjual karpet
sekarang buka kedai di pasaraya
lama2 basikal jadi kereta
warga kita? kereta jadi basikal.. ke basikal makin tua..?

dunia kita sempit
tukang simen, tukang kayu, tukang bina
semua datang dari jauh, sanggup mati di negara kita
kerja apa saja, gaji berapa saja
warga kita? ketuk paku pun tak boleh ke?

dunia kita sempit
mereka datang meniaga jam tangan
sekali pandang macam mike tyson
dua kali pandang, mereka jeling macam nak makan orang
biarlah.. kata warga kita yang berhati lembut

dunia kita sempit
nak anak pandai english? mereka boleh ajar
upah mahal, ahad mau cuti, lepak kotaraya
lepak sambil jual bedak, boyfriend dengan mike tyson
warga kita fikir mudah aje

dunia kita sempit
sampaikan dalam rumah pun ada juga
anak dia jaga, makan dia masak, rumah dia kemas
bukankah banyak kita bercerita, mereka bahaya
tapi warga kita juga yang malu bergelar amah

sekadar untuk renungan bersama
tidaklah haloba yang difikir, zalim tak menentu
cuma bukankah kudrat kita sama
yang menentukan cuma hati dan kehendak
anda rasa masih punya ruang yang selesa?
lihat saja bandar kita semasa cuti hariraya

lepas ni siapa pula?
dunia kita makin sempit...