Dec 10, 2007

aku mual tarian itu

mereka menari nari
gaya sumbang langkah jalang
liuk gemalai ikut resam angin
terkadang rebah sesekali tercacang

tanpa makna namun,
ada rasa
tanpa siapa tapi,
ada bangga

malah rasa itu saling bertaut
... dan bangga itu makin ke laut

bukankah bijak pandai ada berkata
resmi bijak tunduk menanti?

jika berkilau permata kerana harga
maka sihat kerbau kerana kubangnya
jangan hanya bijak menilai permata
hingga lupa kubang untuk siapa...

20 comments:

- G O R O - said...

"mereka menari nari
gaya sumbang langkah jalang"

Perkataan jalang itu hanya digunakan kepada kaum perempuan.

Jadinya kata nama mereka itu adalah perempuan..

Salam..

Nice entri...

Inah said...

jangan hanya bijak menilai permata
hingga lupa kubang untuk siapa..

nice word here =)

salam perkenalan

dr aku yang x terer sastera klasik..

Anonymous said...

Kat kampung aku jangankan kerbau, lembu pun berkubang. Jumpa permata kot kat situ heh!

blackpurple @ jowopinter said...

Yang masih tertanya-tanya, adakah kerbau di Kubang Pasu?

Aku masih tertanya-tanya.

Entah sampai kapan.

aria ayumi said...

"jika berkilau permata kerana harga
maka sihat kerbau kerana kubangnya
jangan hanya bijak menilai permata
hingga lupa kubang untuk siapa..."

encik posmen.. kite agak kurang ngerti rangkap terakhir ni

arsaili said...

bagus sekali ek..walaupun tak berapa paham...tapi pembaca boleh membuat intepretasi sendiri kan?

posmen said...

g o r o:
salam
jalang saya maksudkan perbuatan.. bukan sifat. tp anda bisa interpretasi mengikut kesesuaian sendiri.. nice kumen.. :)

inah:
salam juga..
blaja2 je cik inah.. :)

azzam supardi:
lembu kg ko mmg hensem!
har har har

posmen said...

en JP:
pertanyaan anda begitu menusuk kalbu.. hehehe
dia kuat makan cili..

aria ayumi:
manusia dihormati kerana pangkat sedangkan keperibadian lebih utama. jika terlalu mengejar kedudukan, takut hingga mengenepikan perkara2 asas dlm kehidupan. wallahualam

arsaili:
:)
penilaian sendiri mengikut kesesuaian keadaan.

pandagumuk. said...

skunk ni xde ttunduk2.semue nak dongak ke langit.tp x sedar pulak langit tu kepunyaan siape.

Lily Abdullah said...

Dik Posmen,
Telah berkali ulang kubaca puisimu ini(yang terkini & terdahulu)...masih gagal mencari maksud tersirat....sah kakakmu ini memang buta puisi :)Nanti kubaca lagi sampai aku faham.

ps: Tukar lagu tuuu....rock kapak ngeh..ngeh..ngeh.

Anonymous said...

Limau mandarin boleh mengurangkan kemualan. ;-)

aria ayumi said...

"manusia dihormati kerana pangkat sedangkan keperibadian lebih utama. jika terlalu mengejar kedudukan, takut hingga mengenepikan perkara2 asas dlm kehidupan. wallahualam"

setuju2. yg ade pangkat2 tu punya la pandang tinggi, yg xde pangkat tu plak kene tindas. heh. kesian.

byl said...

Zaman skrg org lebih penting darjat. Bukan keperibadian. Amatlah sengal.

ann said...

aku suka sajak kau.

all the word put together beautifully and it certainly not menaningless...

Mak Su said...

adakah mereka menari tak rancang betul2 gerak tari? maka tarian mereka memualkan

13may said...

kelab kat mana nih???

wahahahaha :D

posmen said...

pandagumuk:
sbb langit tu jauh.. tu yg mcm tak nmpk je.. heh

kak lily:
haha kalo tukar lagu rok mesti paham.. hahaha

phu ying:
erkk tu mual lain tu.. ngeh3.

posmen said...

aria ayumi:
inilah realiti dunia.. yg susah makin susah..

byl:
sokong2! sampai bila la agaknya? kan elok kalo ada pangkat dan berbudi pekerti mulia.. :)

sampulnak:
thanks. saya cuma ekpresi apa yg terasa dan terlihat.. :)

mak su:
kalo rancang pun mmg mual gak menengoknya.. hahaha

en ringgo:
err.. kelab jiwa luka cawangan dangdut setia seksyen 15 pj kot..
hahahaha

zarch said...

Asalam, singgah sebentar diblog sdr, masya-Allah, mendalam erti sajak-sajak sdr. Teruskan berkarya, semoga Allah merahmati sdr.

posmen said...

zarzh:
w'salam. semua dtg dari DIA. terima kasih ikram tuan kpd saya...