Dec 1, 2007

sempitnya dunia kita

dunia kita sempit
makan di kedai mereka hidang
konfem berlindung di sebalik kulit
tak kan india malaysia tak tahu bahasa melayu?
warga kita makan penuh selera

dunia kita sempit
kerap diberitakan mereka ramai di pusat hiburan
mustahil cina malaysia yang melarat?
ohh.. rupanya cina dari dari tanah besar
warga kita juga yang tercekup sama

dunia kita sempit
dalam pejabat ada shahrukh khan
pakaian kemas, kuat main mata, untung2 sangkut
sampaikan ada yang terpikat, terkahwin, ter....
mana pergi warga kita, semua malu pegang penyapu?

dunia kita sempit
di jalanan dan bangunan kita lihat mereka bekerja
tubuh kecil, mata sedikit sepet, berkulit cerah
gunung everest ditinggalkan, ke malaysia mencari untung
warga kita pula sibuk nak ke sana mencari nama

dunia kita sempit
cuba lawat pasar borong selayang
mulanya mereka mengutip sampah sayuran untuk dijual
sekarang sudah mula buka kedai, jadi tokey.. haiya
warga kita jadi kuli? haiyaaaaa...

dunia kita sempit
dulu mereka berbasikal menjual karpet
sekarang buka kedai di pasaraya
lama2 basikal jadi kereta
warga kita? kereta jadi basikal.. ke basikal makin tua..?

dunia kita sempit
tukang simen, tukang kayu, tukang bina
semua datang dari jauh, sanggup mati di negara kita
kerja apa saja, gaji berapa saja
warga kita? ketuk paku pun tak boleh ke?

dunia kita sempit
mereka datang meniaga jam tangan
sekali pandang macam mike tyson
dua kali pandang, mereka jeling macam nak makan orang
biarlah.. kata warga kita yang berhati lembut

dunia kita sempit
nak anak pandai english? mereka boleh ajar
upah mahal, ahad mau cuti, lepak kotaraya
lepak sambil jual bedak, boyfriend dengan mike tyson
warga kita fikir mudah aje

dunia kita sempit
sampaikan dalam rumah pun ada juga
anak dia jaga, makan dia masak, rumah dia kemas
bukankah banyak kita bercerita, mereka bahaya
tapi warga kita juga yang malu bergelar amah

sekadar untuk renungan bersama
tidaklah haloba yang difikir, zalim tak menentu
cuma bukankah kudrat kita sama
yang menentukan cuma hati dan kehendak
anda rasa masih punya ruang yang selesa?
lihat saja bandar kita semasa cuti hariraya

lepas ni siapa pula?
dunia kita makin sempit...

19 comments:

pandagumuk. said...

dunia sempit dan sementara..

posmen said...

pandagumuk:
yup.. so, sementara inilah kita nk kena rajin usaha.. kan? :)

ann said...

Hi, salam kenal.

My mom is one of them, i am proud and not ashamed of her.

because she work so hard for us, supporting my dad in every condition, sick and health, broke and wealthy.

byl said...

mentaliti sempit. Kat dunia ni da sempit ape lg bile dlm kubur. sendiri mau ingat la kn?

arsaili said...

yea...tajam sungguh..tapi itu realiti nya...

Mak Su said...

mari luaskan dunia kita dengan kekuatan minda

(alternatively, saya ada kat sini jugak, http://jamilahyangayu.blogspot.com/)

dugongsenyum said...

zaman seluar sempit (rock) dah lama berlalu
taman lagu rock still mantain hahaha

blackpurple @ jowopinter said...

Ya, sempit. Tapi masih tak sesempit alam kubur.


Wah! Kacak sungguh gambar cipan di bawah itu ya!

aria ayumi said...

dunia kita kadang2 tak sempit sebenarnya. kita yang menyempitkan dunia kita..

posmen said...

sampulnak:
the missing line.. those who come over without doc.. di sini saya mempersoalkan sikap malaysians..

see the last line in first 10 para.. :)

byl:
satu peringatan yg tepat.. :)

arsaili:
kekadang kena tajam.. baru ada rasa.. :) juga

mak su:
kalo minda kuat tapi berat kudrat? payah jugak tu.. hehehe :) lagi

dugongsenyum:
aku still simpan seluar2 tu .. wakakaka :D

mr pinter:
moga kita mampu luaskannya nanti.. :)
cipan hensem? yaa betuii.. mari naikkan martabat cipan..

aria ayumi:
betul.. dan masih ramai yg buat kerja sia2 sedangkan ruang kerja negara kita luas sebenarnya..
:) jugak

Anonymous said...

Salam. Yap! Makin sempit.

byl said...

Boleh tak request lagu baru dipercepatkan masuk.
Aku masuk2 blog ni terus sayu.
Lagu 1st yang sedih.

Tukar dengan cepat ye? Kalau boleh

aria ayumi said...

yeh. setuju sama kamo. ramai yg uat keje sia2 dan ramai yg terlalu demand memilih keje. akhirnya nan ado!

arsaili said...

agaknya bole tak kita maintain hidup harmoni?

aria ayumi said...

kamo sibuk ke encik posmen?

13may said...

org kata sempit la sedap....org la kata...

wahahahahaha :D

posmen said...

azzam supardi superman:
salam..
janji ensem yek?
hahaha

byl:
jgn sedih2 dik.. hah nih gua bg lagu baru..
jgn takut lak..
hahahaha

aria ayumi:
hah.. nan ado..
*tingat ayam nando

dak la bz sgt. dok ingat nk p c/h ni hahahaha

bro arsaili:
yelah.. aku pun tetanya2 menda yg sama.. skang dh makin kelam kabut. kes bwk mulut p luar negara tu yg x tahan tu..

en ringgo:
kueh samprit sedap aku tau (tadek kena mengena)

kalo kena sumpit? sedap ke?

hahahaha pi tanya org..

Orlando Bloom said...

sempit ker?? taklah...sempadan kita ialah seluruh alam (universe) bukan langit lapisan pertama... kalau kita tak sempat teroka..keturunan kita akan lakukan... dalam dalam lautan pun lom habis teroka...tinggi tinggi gunung pun tak habis di daki...tebal tebal hutan pun masih banyak kita belum merajai...

Kerana cita cita kita rendah maka serendah tulah yg Allah izinkan kita teroka. Cita-cita saya?? Saya ingin merajai seluruh Galaksi Bima Sakti ini...

posmen said...

agreed.. kita yg set pencapaian kita.. DIA yg mengizinkan.. :)