Dec 30, 2007

happy new year 2008 !!!

bismillahirahmanirrahim..

semoga anda semua diberkatiNYA dan beroleh kesenangan serta kemudahan dalam apa2 juga perkara yang dilakukan. saya doakan kesejahteraan keluarga anda dan bersamalah menghayati erti tahun baru dalam pendekatan yang paling bermakna. janganlah kita terlalu bersuka ria kerana tiada makna tahun baru yg bakal disambut jika kita berada di hospital atau lokap. juga peliharalah nama baik keluarga dan maruah diri. anda mampu mengubahnya..

esok nak balik kg lagi.. nk bikin kamben panggang. new year ni menu darah tinggi. sate ada gak. plannya nk bikin isnin malam. selasa pagi tu jemput seme sedara dekat2 umah. rabu pagi lak seme beratur g spital.. hahaha.. saya tidak mampu mengubahnya..

pinjam gambar dr internet

transformers?


bagi yang bakal bercuti ke mana2 menaiki kenderaan, jangan memandu laju. saya masih mahu bertemu anda di tahun 2008!

selamat bercuti

Dec 26, 2007

bila aku nak pulangkan duit kastemer cun yg tersilap bank in

terbaur2 perasaan bila ada org tu kata..

"tak kemana pon kalo ko jujur, duit lagi penting! biar je sampai dia perasan"

BODOH! - pang selepuk aku rasa macam kena tumbuk tepat kat idung aku. ehh tak.. org tu tak sampai kalo nk tumbuk aku. rasa kena maki tu macam kena tumbuk. aku terus je transfer duit tu pakai maybank2u.

ya.. org tu pandai.. tapi pelik, sebab masa aku jumpa dia se family baru2 ni, aku dengar dia kata kat anak dia..

"jihan tak baik cakap bohong, nt lama2 mencuri" la la la yada yada kuci kuci yoda pendek bla bla

hahahahaha nak je aku gelak guling2

Dec 21, 2007

kerbau menjeleskan diri, kambing suka ati

sedang membeli tiket 'i am legend'

selamat bekerja dan cuti semula sempena kismas minggu depan. aku baru je balik dr kg. ingat nk sambung cuti tapi acara riding akan bermula masa kismas nih. so, kena balik awal utk persiapan kuda besi aku. raya ni, acara makan2 mmg memenatkan jiwa raga aku. ohh.. aku hampir terlepas semayang raya pasal keta buat hal. silap aku gak, dok tibai rendang sampai seme adik beradik aku blah dulu. seb baik tumpang cik raman, bepoloh dia kayuh beskal sebelum aku ganti dia. haha.. aku mengayuh beskal? giler kejap aku rase. mase kayuh2 tu aku nak buat willy tapi mengenangkan dulu gigi aku retak sebatang sebab aksi melampau tu, aku diamkan je semangat me'willy' walopun mmg membuak2 sgt2 nk bikin. baru satu kampung tau aku masih juara willy ahak.. kalo lah aku willy, alamat kain cik raman je la yg sampai mesjid..

kerbau ditumbangkan 9 ekor. seramai 15 org pakcik2 dan atuk2 lak tumbang dek bahana daging high kolestrol. mujur klinik bukak, kalo tak mmg ramai terkorban taun ni.. sebatang pokok tumbang untuk meluaskan kawasan penyembelihan. dua tiga anak dara tumbang tengok rambut aku. ngeh3.. aku lak tumbang sebab memikul peha kerbau utk di lapah. sekian laporan penumbangan sempena raya kali ini.

malam raya tu, sepupu sepapat sepipit seme lepak kedai, ngeteh.. mcm2 cite dr cite awek, hindraf sampai la cite nk bebini lagi. pelbagai topik sehangat kopi yg di teguk. aku? aku minum teh ais je.. hehe

joran aku tak terusik.. ingat kan sempat nk mancing, gua silap.. sebelum blakang aku kena libas batang pancing dek mak aku yg garang tu, baik aku tolong dia ape yg patut. mak aku mmg garang dan kiut..

dan kambing di kampung aku mula bejoget2 sbb takde sape korban kan dorg. aku mmg perasan kobau2 tu jeles.. hehe

Dec 18, 2007

selamat bercuti sempena hari raya

suasana sedih menyelubungi mr big (bukan nama sebenar lembu itu) setelah mendengar pengumuman bakal menjadi korban untuk raya taun ni. hehe

Selamat Menyambut Aidiladha buat semua kawan2 yang rajin menjenguk/mengumen blog saya ni. Juga buat yang terserempak atau terlalu-lalang. sesungguhnya anda semua byk mengajar saya berkenaan pelbagai perkara.

antara perkara yg terpenting.. saya menjadi peka. dan saya amat peka jika ada program makan2. hahaha

Dec 14, 2007

rock kapak malaya

gambar ihsan wikipedia, bukan majalah mastika

gambar ihsan filem Rock, bukan paper metro

http://www.lagendarock.com/


sesapa rasa nak jenguk2 atau berforum dgn rockers2, leh la masuk ke link atas tu. macam2 info ada. aku pun baru je daftar balik sbb dah lupa password. :)

saje nak godek2 info pasal diorang ni. dulu2 abis rtm gam. pastu lelame, diorg jugak yg legend. semua benda kalo kita pandang negatif, negatif la jadinya.. bukan seme yg nampak buruk tu tak elok. tapi kalo nmpak buruk, prangai lak huduh.. mmg la..

masa aku lahir, zaman rock ni dah berkembang. bila pandai nyanyi2 masa kecik, masa tu zaman wings kot. album belenggu irama. kalo nk kira zaman rock yg kental2, ialah bg brader2 umo 35 kot. masa tu byk pertandingan rock kecik2 dan "battle of the band". ohh.. cakap pasal contest2 ni, 28/12 - 30/12 ada program mag rottw kat perangsang golf club, templer (rawang la ni). ada music klinik dan final band competition. ada byk gak band2 jemputan pada 29hb tuh.. sila layari http://www.myspace.com/rottw untuk maklumat lanjut.

dengar kata lak, bulan 5/08 ni SYJ main kat CM. betui ka? hahahaha kental nih..

Dec 10, 2007

aku mual tarian itu

mereka menari nari
gaya sumbang langkah jalang
liuk gemalai ikut resam angin
terkadang rebah sesekali tercacang

tanpa makna namun,
ada rasa
tanpa siapa tapi,
ada bangga

malah rasa itu saling bertaut
... dan bangga itu makin ke laut

bukankah bijak pandai ada berkata
resmi bijak tunduk menanti?

jika berkilau permata kerana harga
maka sihat kerbau kerana kubangnya
jangan hanya bijak menilai permata
hingga lupa kubang untuk siapa...

Dec 6, 2007

beauty in darkness playlist

hapdet?

yaa.. sila layan lagu..

sila2, jgn malu..

jgn bersila dengar lagu..

heh :)

Dec 1, 2007

sempitnya dunia kita

dunia kita sempit
makan di kedai mereka hidang
konfem berlindung di sebalik kulit
tak kan india malaysia tak tahu bahasa melayu?
warga kita makan penuh selera

dunia kita sempit
kerap diberitakan mereka ramai di pusat hiburan
mustahil cina malaysia yang melarat?
ohh.. rupanya cina dari dari tanah besar
warga kita juga yang tercekup sama

dunia kita sempit
dalam pejabat ada shahrukh khan
pakaian kemas, kuat main mata, untung2 sangkut
sampaikan ada yang terpikat, terkahwin, ter....
mana pergi warga kita, semua malu pegang penyapu?

dunia kita sempit
di jalanan dan bangunan kita lihat mereka bekerja
tubuh kecil, mata sedikit sepet, berkulit cerah
gunung everest ditinggalkan, ke malaysia mencari untung
warga kita pula sibuk nak ke sana mencari nama

dunia kita sempit
cuba lawat pasar borong selayang
mulanya mereka mengutip sampah sayuran untuk dijual
sekarang sudah mula buka kedai, jadi tokey.. haiya
warga kita jadi kuli? haiyaaaaa...

dunia kita sempit
dulu mereka berbasikal menjual karpet
sekarang buka kedai di pasaraya
lama2 basikal jadi kereta
warga kita? kereta jadi basikal.. ke basikal makin tua..?

dunia kita sempit
tukang simen, tukang kayu, tukang bina
semua datang dari jauh, sanggup mati di negara kita
kerja apa saja, gaji berapa saja
warga kita? ketuk paku pun tak boleh ke?

dunia kita sempit
mereka datang meniaga jam tangan
sekali pandang macam mike tyson
dua kali pandang, mereka jeling macam nak makan orang
biarlah.. kata warga kita yang berhati lembut

dunia kita sempit
nak anak pandai english? mereka boleh ajar
upah mahal, ahad mau cuti, lepak kotaraya
lepak sambil jual bedak, boyfriend dengan mike tyson
warga kita fikir mudah aje

dunia kita sempit
sampaikan dalam rumah pun ada juga
anak dia jaga, makan dia masak, rumah dia kemas
bukankah banyak kita bercerita, mereka bahaya
tapi warga kita juga yang malu bergelar amah

sekadar untuk renungan bersama
tidaklah haloba yang difikir, zalim tak menentu
cuma bukankah kudrat kita sama
yang menentukan cuma hati dan kehendak
anda rasa masih punya ruang yang selesa?
lihat saja bandar kita semasa cuti hariraya

lepas ni siapa pula?
dunia kita makin sempit...

Nov 30, 2007

welkam disember yang ceria


tenuk = bahasa melayu / tapir = english / cipan = bahasa indonesia

welkam december!! aku suka bulan doblas sbb byk menda best2 dlm bulan ni. antaranya:

last month untuk siapkan segala tuk nenek keja yg tertangguh before masuk new year. aku mmg suka dgn keja aku (walopon kekadang boring tahap cipan tapi sebenarnya cipan tiada kena mengena dlm keja aku). aku rasa mcm nk bela cipan sekor. sesapa rasa prangai mcm cipan, boleh la jugak apply.. aku suka dateline, terkejar2 dan keserabutan yg boleh membuatkan aku hilang di alam fana.. adrenalin aku akan merembes dan membentuk antibodi supaya imun kepada hal2 lain selain kerja.. emm.. aku mmg suka kerja aku.. cayalahhh (kata linda onn)

ada sebulan lagi nk prepare sambut cuti new year. besanya aku sambut new year dgn family kt kampung. prepare? mmg kena prepare sebab aku kena jadi chef de mission ini taun. seme harap aku setelkan program ni. program? ya.. program makan2 sambil mengukur kedalaman pusat. bukannya tak best tgk bunga api kat sini, tapi masa tu seme adik beradik aku cuti 2-3 ari dan balik reramai ke kg. tu yg best. macam raya.. taun ni rasa nak buat bbq kot.. kamben2 kat kg aku sure glabah dah ni.. jage ko kamben hahahaha.. err.. sarip dol adalah bukan adik beradik aku.

xmas!! aku jadi santa kelaus bawak ponjot isik hadiah pastu pi laga2 perut ngan mamak.. hehehe.. sebenarnya, tiap2 xmas aku akan lepak ngan membe2 cina kat mamak sampai pagi. diorang ni membe lame2 aku. tiap2 taun mamak akan panik diserbu oleh kumpulan kapak cau sin chi.. koh keh kui kui.. kira acara tahunan la ni sbb diorg dah ramai yg kawen.. masa ni je nk lepak.. ada sekor yg dah 8 taun aku x jmpa tu (dia jd tokey kat vietnam) konfem join taun ni. dan secara otomatisnya aku akan pau dia semahu2nya hahahaha (gelak besar macam dapat moto pawar rut)

aku akan lebih matang next yr.. yearghhh.. so dlm bulan terakhir umur skang, aku seperti besa akan mula menyemak (baca: periksa) kekurangan yg patut aku perbaiki termasuk rasional rambut aku yg semakin meyemak (baca: rimas) ni. apekah adekah perlu aku menggondol dan berubah muka dari alien kepada manusia? atau membiarkan kealienan aku ini semakin menjadi2? sila rujuk channel discovery untuk mengetahui kisah orang utan (tiada kena mengena dgn aku)

juga antara keseronokkan bulan doblas yg slalu aku buat tiap2 taun.. riding! hahaha.. kami dah konfem akan berangkat ke cherating @ pd (tgk cuaca) beramai2 untuk menonton gusti di kedai pak amid (bukan nama sebenar) sambil makan buah2an tempatan. ini acara tahunan jugak. lepak semalam dua di mana2 yg sudi menerima kedatangan geng2 jahat ni. ada yg bawak family tapi naik keta la. pastilah aku akan membawa rod sbb di mana ada air di situlah ada ikan melainkan tandas jua. huh.. dapat ikan aku nk panggang pastu cecah air asam.. huihhhh

dan yang paling best, dalam bulan ni la aku dapat segala payment yg sangkut tu. besa la gomen.. time2 ujung taun dorg akan clear utang piutang. pastu aku boleh gi shopping handycam sony hd yg aku mengidam dah lama tu. aku nk jual yg lama nih. pastu aku nk pegi cameron jap makan stoberi (sapa punya pasal? hehehe). beli kobis, kacang panjang dan segala sayur utk hiasan bilik aku. ehh apekah logik idea hiasan dalaman aku ni.. hahaha aku nk makan stoberi je la. pastu aku nk bayar utang dan zakat. pastu aku nak bagi bonus. pastu aku amek bonus la jugak sebab nk beli kapal layar buat mancing lautan dalam. pastu abis duit, aku mintak ngan mak. huhu.. cehh mcm byk payment.. aku kena standby utk 2008 punya bajet. manelah tau.. dengar kata ekonomi agak teruk next year. hopefully takat dengar je la.. tapi kalo betui.. haiyaaaa...

macam sibuk je bulan doblas nih..

Nov 28, 2007

kita pernah berjanji

kau menyambutku
mungkin dengan senyum termanis
walau tanpa sapa yang lunak
aku menghampiri ke sisi
telah terlalu lama
tidak kita berbicara
tentang hati dan perasaan

dulu kau sering mengusikku
aku cuba menahan ketawa
jarang sekali kita menangis
apalagi merasa hiba
kerana kita saling melengkapi
justeru tiada rasa akhirnya

tersentak aku oleh suara burung
riuh berkicau seolah meminta
aku kembali dari kembara perasaan ini
walau sering aku berkata
agar hati ini memahami
namun tetap juga ia meyakini
kau masih di sisi

pasti kita akan bertemu
di suatu masa yang redup nanti
kerana telah lama aku menunggu
kerana kita pernah berjanji

hidup bersama lumpur

dulu
aku bermain lumpur, kelat kotor
dalam bendang sejuk basah, penat
gelak berdekah tawa zaman kanak-kanak
pencarian, penantian bukan minatku

sekarang
aku masih bermain lumpur
bendang kota panas, jijik malah lebih hitam
gelak hanya tinggal lakonan - tanpa bayaran
keperitan, kehilangan adalah mainan

kemudian
lumpur menyelimuti tubuh ini
bendang akhirat doaku sesejuk mungkin
senyum sudah teramat rahmat
harapan, ketakutanku pada yang satu

Nov 21, 2007

hikayat mergastua

arakian berangkatlah segala mergastua; lelap bertangguh hiba bukan alang-alang dari kota pekik riuh segala macam, ke pinggir rimba berdagang, ulat tidak mati oleh batu hendaknya, bak pantun orang,

kolek elok masuk berlabuh
kuak ayer bermuka-muka
rezeki nan bukan digaduh
turun rahmat nan tak dipinta

ralit mengepak mata jauh pakai memandang, oleh empunya rimba bukan diturut satu-satu kehendak, barang menumpang bukan terhalang, barang yang salah pakat dihadang maka bersenang jika mendatang hasil, meminjam kata orang,

untung sabut timbul untung padi rebah
ngiyang nyamuk kuk bertelur
hati bagai dipindah-pindah
datang nya beroleh bagai diatur

sayugia disebut-sebut megastua mendapat tanah sekangkang kera, hatta tiadalah besar sepenjuru sarang menimpa-nimpa selain cukup sekadar bermakan pakai sehari-hari. adapun terkemudian empunya rimba berlari-lari anak, tidaklah berpakaian mencari sisa di rimba berjerit-jerit memugar tanah, sedang mergastua mudik mengepala bertuan sudahlah pula diamnya empunya rimba berkias-kias sahaja.

duduk sama rendah berdiri adapun lebih tinggi
bagai digunting dalam melipat adapun ketua keramat
yang ditanak dimakan ulat padi bulat-bulat gemuk berisi
sudah nasib diuntung lupalah bersyukur merana merempat

akhir mergastua beranak pinak meminta-minta kesamaan dulunya tidak dihiba, tanah rimba kering laksana gendang, bunyi maha kuat sedang isinya hampa..

Nov 20, 2007

stephen chow sin chi filmgraphy '91 - '07

entri kali ni saje nak share minat aku pada filem lakonan mamat seko ni. dari kecik aku dah kenal movie2 dia dan tak tau pasal apa aku cukup suka sampai aku rasa aku nak gi jumpa dia. sebenarnya aku memang pernah cari dia masa aku ke hong kong beberapa taun lepas. cuma tak kesampaian sebab terlalu bz ngan keja2. aku cuma sempat ke area makan2 peberet artis2 sana, kot2 la jumpa. lupa dah nama area tu. aku xlah makan kat situ. usha2 je. tapi x nampak plak mamat ni. bukan apa, saje nak suruh dia blanja aku minum sebab aku byk abis duit beli movie dia.. hahahaha.. gile byk filem si badut nih..

  1. Kung Fu Hustle 2 (2008) - not yet
  2. A Hope (2007) - not yet
  3. Kung Fu Hustle (2004) - 5 star
  4. Shaolin Soccer (2001) - 5 star
  5. The King of Comedy (1999) - 3 star
  6. Gorgeous (1999) - 3 star
  7. The Tricky Master (1999) - 4 star
  8. The Lucky Guy (1998) - 3.5 star
  9. Lawyer Lawyer (1997) - 4 star
  10. All's Well, Ends Well (1997) - 4 star
  11. God of Cookery (1996) - 5 star
  12. Forbidden City Cop (1996) - 5 star
  13. Sixty Million Dollar Man (1995) - 4 star
  14. Out of the Dark (1995) - 4 star
  15. From Beijing with Love (1994) - 4.5 star
  16. Love on Delivery (1994) - 3.5 star
  17. Hail the Judge (1994) - 4 star
  18. A Chinese Odyssey Part Two - Cinderella (1994) - 4 star
  19. A Chinese Odyssey Part One: Pandora's Box (1994) - 4 star
  20. Mad Monk (1993) - 3.5 star
  21. Flirting Scholar (1993) - 5 star
  22. Fight Back to School III (1993) - 4 star
  23. My Hero 2 (1993) - not yet
  24. King of Beggars (1992) - 4.5 star
  25. Fight Back to School II (1992) - 3.5 star
  26. All's Well, Ends Well (1992) - 3.5 star
  27. The Thief of Time (1992) (TV) - not yet
  28. Royal Tramp II (1992) - 4 star
  29. Royal Tramp (1992) - 4 star
  30. Fist of Fury 1991 II (1992) - 3.5 star
  31. Justice, My Foot! (1992) - 4 star
  32. God of Gamblers III: Back to Shanghai (1991) - 3.5 star
  33. Fist of Fury (1991) - 3.5 star
  34. God of Gamblers II (1991) - 3.5 star
  35. Top Bet (1991) - not yet
  36. Vampires Must Be Crazy (1991) - 4 star
  37. Tricky Brains (1991) - 4 star
  38. The Magnificent Scoundrels (1991) - 3.5 star
  39. Fight Back to School (1991) - 4.5 star
  40. All for the Winner (1990) - 3.5 star
  41. Sleazy Dizzy (1990) - 3.5 star
  42. Curry and Pepper (1990) - 2.5 star
  43. Triad Story (1990) - 3.5 star
  44. Legend of the Dragon (1990) - 4.5 star
  45. Lung Fung Restaurant (1990) - 3.5 star
  46. Look Out, Officer! (1990) - 2.5 star
  47. Love Is Love (1990) - 2.5 star
  48. When Fortune Smiles (1990) - 3.5 star
  49. My Hero (1990) - 3 star
  50. Tragic Heroes (1989) - not yet
  51. Final Combat (1989) TV Series - not yet
  52. The Unmatchable Match (1989) - not yet
  53. Thunder Cops II (1989) - 3.5 star
  54. Dragon Fight (1989) - 3 star
  55. Faithfully Yours (1988) - 2.5 star
  56. Catch Wind Man (1988) - not yet
  57. "Mo min kap sin fung" (1988) TV Series - not yet
  58. Final Justice (1988) - 3.5 star
  59. Ying ging boon sik (1988) - not yet
  60. "Sung meng chi loi" (1987) TV Series - not yet
  61. A Better Tomorrow (1986) - not yet
  62. Angels and Devils (1983) TV Series - not yet
  63. "Joi geen sup gao sui" (1983) TV Series - not yet
  64. The Justice of Life (1983) TV Series - not yet
  65. Soldier of Fortune (1982) (mini) TV Series - not yet
  66. "Wut lik sap jat" (1982) TV Series - not yet
  67. The Legend of the Condor Heroes (1982) TV Series - not yet
  68. Sou hat yi" (1982) TV Series - not yet

Nov 19, 2007

alkisah #1

ada seorang perompak

semalam masa dia merompak, ada orang terserempak

apalagi, rakyat yang prihatin.. terus sepak

dah lembik, ke balai dia campak

anehnya.. tukang bawa kena tangkap atas alasan bikin gempak

itulah sebab ramai malas ambil tahu, baik lepak

akhirnya negara jadi hapak!

Nov 18, 2007

otak atau batu?

kau tunjal dahi aku (telunjuk berkuku)
mereka sepak punggung kami (kaki berkasut)
dia tampar muka kamu (pelempang jepun)
si polan suruh melacur (buat beli beras)

bila sampai masa
datang berjemput
balik dihantar
suap duit beli buku anak
bentang permaidani merah
beli pakai duit aku

akal duduk mana?
ic dalam poket belakang
pen dalam poket depan
duit? dalam poket kamu, mana lagi

aku tulis kau sakit
aku baca kau rebah
aku tegur kau tangkap
aku diam kau berjoget
aku pangkah?
kau nak buat apa?

tolol rupanya otak kau
berapa besar batu ada dalam duduk?

jangan takut gelap

hai kawan
jangan takut jangan resah
bila lampu kamar mulai dipadamkan
ku kan slalu menyanyikan lagu ini
hingga nanti kau tidur berselimut mimpi

jangan lupa esok kita punya janji
semakin cepat kita tidur
semakin cepat kita bertemu kembali

chorus: (2x)
berdoalah sebelum kita tidur
jangan lupa cuci kaki tangan mu
jangan lupa doakan mama papa kita

jangan takut akan gelap
kerna gelap melindungi diri kita
dari kelelahan...

ulang chorus

Nov 17, 2007

jalan jalan beli kicap

jalan jalan beli kicap
panas terik tapi kopiah atas kepala
ahh... lega

jalan jalan beli kicap
ketawa lihat pakcik mengurat janda
tak sedar bini pahlawan kampung
silap sikit silat terbukak
pakcik lari kain terburai

jalan jalan beli kicap
hujung simpang seniman melolong
nada sumbang tapi riang
pedulikan semua yang penting gembira
jeling anak dara tapi nak bagi makan apa?

jalan jalan beli kicap
dalam bendang semua sakit pinggang
kerja keras anak mahu sekolah
harap berjaya dalam hidup
tidaklah esok jadi seniman lolong

jalan jalan beli kicap
kerbau meragut, ekor melibas tenang
biarlah lalat di betis, bukannya peha
lumat lumat rumput kelat ditelan
si anak resah menyondol menyusu

jalan jalan beli kicap
bernyanyi riang sambil terfikir
lauk ibu masak sedang di dapur
adik-adik mengganggu abah tidur
kaki makin laju, duit kemas tergenggam

jalan jalan beli kicap
mahu kicap tamin, yang ada kicap lain
berat hati penat kaki nak patah balik
tak tahan: pakcik bersiul miang
mual: gitar seniman sumbang terputus tali
kesian: padi secupak hasrat menggunung
geram: lalat mula masuk telinga
lapar: duit di tangan bertukar jadi aiskrim

jalan jalan tak beli kicap

the legend

CHARLIE (CHARLES) CHAPLIN merupakan pelawak/pelakon/pengarah tersohor sepanjang abad dan menjadi idola kepada ramai pelakon komedi sekarang. stephen chow (kungfu husle) sendiri mengagumi beliau. betapa besar pengaruhnya kepada industri komedi dunia. yang peliknya, charlie chaplin mampu untuk mengadaptasi segala kekurangan material dan teknikal penggambaran di zamannya untuk menghasilkan filem yang hebat. beliau terlibat dalam penghasilan banyak filem sepanjang kariernya dan pasti menjadi item warisan di arkib komedi dunia. bermula dengan filem bisu, charlie chaplin mampu "menggeletek" dengan gelagat dan aksi bersahaja di selang seli dengan skrip pendek untuk membantu pemahaman penonton. antara filem terbaik beliau ialah "modern times" (1936). terbaca satu kenyataan di sebuah laman web, nilai kontrak beliau pada tahun 1917:

17 June 1917 : Signs with First National Films for $1,075,000/year

anda boleh mendapatkan filem-filem beliau di mana-mana "share web" dengan menggunakan aplikasi muat turun. salah satu yang agak mudah ialah ares.

klik SINI untuk masuk ke laman web muat turun aplikasi ares. anda boleh muat turun filem charlie chaplin di sini.

tv series

  • silrverhawk
  • voltron
  • cumi dan ciki
  • thundercats
  • transformers
  • macross
  • supergrand
  • captain america
  • mc gyver
  • blue thunder
  • air wolf
  • knight rider
  • the A team
  • chips
  • bj and the bear
  • 6 million dolar man

sekadar menamakan beberapa tv series kegilaan aku masa kecik. sayang, banyak dah lupa..

lukisan


hujan rintik2
air ombak2
mak kasi doploh sen
adik pegi skolah
3 + 3
adik jawab 6
cikgu bagi 'right'
adik balik umah

tetiba teringat lagu ni. lukisan konsep pertama aku. best sangat sebab aku dikategorikan tak pandai melukis masa kecik2 dulu. so, bila aku nyanyi lagu ni, otomatik aku boleh melukis. sampai skang, bila aku tadak idea, aku slalu main2 lukis menda ni.

pemikiran sosio-industri : kritik

kritikan untuk perubahan peningkatan tidak harus dipandang remeh oleh majikan. rasional pekerja mengkritik majikan kebiasaannya merupakan suatu keadaan telus yang tidak digemari oleh mana-mana institusi. seringkali pendekatan ini dianggap sebagai pengaruh atau lebih tepat lagi anasir negatif walaupun kritik yang dilemparkan sama sekali tidak mempunyai hubungkait dengan simptom 'tunjuk pandai' atau menjatuhkan sesiapa. pengkritik mempunyai pandangan berbeza yang tidak menyalahi prosedur malah mungkin pihak pengurusan terlepas pandang tentang sesuatu isu.

setiap institusi pasti mempunyai beberapa kelemahan berikutan faktor kurangnya analisa terhadap kebajikan dan pembangunan pekerja. pengkritik pula harus bertanggungjawab kepada isu yang diutarakan dan mesti mempunyai rujukan serta mampu untuk berfikir semasa diskusi penyelesaian berbanding hanya membuat kenyataan lisan yang rapuh. proses perbincangan seharusnya ditangani dengan jalan terbaik menggunakan kaedah-kaedah penyesuaian terancang dan bukannya hanya tertumpu kepada persoalan yang terkeluar daripada kritikan tersebut. contohnya, pengkritik tidak perlu menyenaraikan penama yang menghentam majikan sedangkan isunya ialah tiada kenaikan gaji selama bertahun-tahun.

kehendak pekerja wujud daripada keadaan persekitaran yang mendesak dan majikan yang prihatin seharusnya dapat menjangka masalah ini lebih awal. keberkesanan pengurusan ialah apabila dapat menyediakan jawapan sebelum masalah timbul supaya keadaan pekerja lebih terarah dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk institusi. kajian pengurusan sumber manusia seharusnya bukan hanya bertumpu kepada penyelesaian malah harus cekap mentafsir setiap pekerja dan mempunyai cukup maklumat tentang mereka.

sesebuah institusi yang mudah menerima kritikan adalah lebih produktif kerana pekerja berupaya membuat penghasilan maksimum hasil daripada pendekatan positif tersebut.

suatu masa dahulu

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

chorus:

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang bakal menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Kuatkan semangat teruskan usaha
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA

Nov 14, 2007

industri berat sebelah

Menyingkap sekitar 'presentation' aku di bulan puasa. dalam bulan puasa memang aku agak aktif sementelahan pula dipertanggungjawabkan agar keseluruhan projek lancar. dengan yakin, aku berdiri menghadapi delegasi pengiklanan yang agak hebat (sehebat pertaruhan kami). mujurlah aku di bidang yang tidak mementingkan formaliti. ke'kasual'an aku mungkin memberi sedikit kredit dalam persembahan kali ini (bukankah kumpulan kopratasa tidak memakai kot?). tapi aku bukan membuat persembahan koir atau seumpamanya..

skop perbincangan selaras dengan perkembangan industri hiburan negara jiran yang semakin mendapat tempat di negara kita. aku sebenarnya tidak menyokong 100% kemasukan ini tetapi aku akui kelebihan mereka mempuitiskan (?) lirik dan susunan lagu memang mudah mendapat perhatian pendengar kita. tapi kenapa malaysia? bukankah jualan di negara kita sekadar cuma 10% @ 20% dari pasaran mereka? jika di negara kita jualan album peterpan sekitar 30,000 unit, di negara mereka mungkin mencecah 2 juta salinan. itu belum kris dayanti, dewa 19 dan lain2 lagi. itulah penaklukan sebenarnya. egois dan monopoli menjadi ukurcara berkemungkinan bagi setiap artis di sana. kalau tidak masakan filem my heart mendapat publisiti meluas sedangkan di negara mereka "maaf, saya menghamili isteri anda" mungkin lebih menonjol..

pendekatan 'santai' membuahkan hasil apabila mereka menggemari idea dan visual langsung yang aku ketengahkan. sambil memampangkan palitan warna, aku turut merakam wajah delegasi yg bakal aku ketemui untuk membincangkan potensi kerja visual artis kita pula di sana. tergambar seribu kepuasan apabila hasil kerja (kami) mendapat kupasan yang mendebarkan, tetapi cukup profilik. rata2 pemerhati berpuas hati apabila aku utarakan persoalan timbal balik yg wajar antara perkembangan industri ini. walaupun aku cuma membentangkan konsep tradisional (yang mengikut kata sesetengah kita agak lapuk) namun konsep tradisional kemelayuan itulah membuka ruang bagi kami berdiri sama tinggi dengan konsep seni moden futuristic bawaan mereka.

kenapa industri hiburan yang menjadi topik? aku rasa mereka mungkin mahu menggempur lagi industri negara kita dengan barisan yang lebih tulin melodrama-nya. sampai akhir diskusi, aku masih tertanya2, kenapa mereka sanggup berhabisan untuk mengkaji pasaran dan menyiapkan segala bentuk bahan sokongan walhal komposer negara kita semakin leka dengan anugerah2 yang akhirnya berhabuk atas meja. kita tidak berbakat? atau mereka yang bijak mengatur strategi?

semasa dalam perjalanan balik dari LCCT ke KL, aku buka channel 96.7 (sinar), 97.6 (hot.fm) dan 103.3 (era) berturut2. hasilnya?

96.7 - biar bulan bicara (broery)

97.6 - dewi (dewa 19)

103.3 - lagu tema Love is Cinta

memang kerja mereka berhasil.. dan sebahagian kita semakin asyik melayan. artis kita pula terperasan semakin glamour.

siapa yang bijak?

sedekah

bersedekah dapat mengelakkan kemalangan / malapetaka.

itu pesan ustaz aku dulu2. biar sedikit, tapi ikhlas. dan biarlah kepada yang sahih. takut nanti kita termasuk dalam golongan org yang membantu perbuatan haram. dapat saham nanti.

permudahkan, tapi jgn ambil mudah..

umur kita

9 bulan dalam kandungan
1 tahun blaja bejalan
3 tahun boleh becakap
5 tahun masuk skolah
12 tahun akil baligh
17 tahun abis spm
25 tahun biasanya kawen
30 tahun sukses kerjaya
40 tahun patutnya dah ke masjid
50 tahun penat keja, tggu pencen
60 tahun sibuk hobi tanam bunga
65 tahun dah stat kira hari
70 tahun kalau idup lagi pun dah tua sgt

cuba kira berapa lagi masa tinggal. setahun skang cepat sangat. ada kawan2 yg tak sempat pun nak jengah 30. apa pencapaian dalam hidup? ade ke pencapaian? ke tak capai2 lagi? nak tunggu sampai bila?

bukan umur penentu tahap kita, kita yg tentukan nk capai tahap mana sekarang.

renung2 kan, dannn selamat beramal... (hehehe tiru quote hot fm)

Nov 11, 2007

tok cik emiliano

Who is the oldest person in the world?

According to Guinness Web site, the world's oldest person is currently a man.

Emiliano Mercado Del Toro (Puerto Rico), born in Cabo Rojo on August 21, 1891, became the oldest fully authenticated man residing in the world on 17 January 2005 at the age of 113 years 149 days. Currently living in Isabela, Puerto Rico, he is also the oldest living veteran, having been called up in 1918 by the US Army. A non-combat veteran, he was two months into training when World War I ended on 11 November 1918.

seorang tua yang penuh dengan pengalaman. saje je tetiba nak tau pasal orang tua ni. mesti dia selalu bersedih sebab mungkin kebanyakan org yg dia sayang dah pergi meninggalkan dia lebih awal. btw, hormatilah orang tua kerana kita juga akan jadi tua seperti mereka..

geng buta

apa rasionalnya kita support peminta sedekah buta (ye ke?) yang selalu menyapa masa kita makan di gerai2?

kisah 1: minggu ni yang buta di depan, minggu depan dia di belakang.. boleh plak buta main shift2 ka?

kisah 2: si pembawa mengaku ada 5 org buta di bawah kelolaannya. ada persatuan peminta sedekah ke? kalo x bagi kekadang main sound2 tu..

kisah 3: aku pernah nampak sorang tokey hantar dan amek diorang pakai van. macam sindiket je..

kisah 4: masa aku main snooker, aku nmpak diorang main jugak.. aikk?

kisah 5: si pembawa tolak si buta nak lintas jalan. tetiba yg buta berhenti sebab ada kereta lalu. biasa nampak tak?

kisah 6: geng yang sama pagi di bangsar, petang di pj. malam plak di gombak.. dan biasanya betukar tempat antara dua org tu.. haih..

kisah 7: diorang pakai pakaian lebih mahal dari kita.. rasa macam kena tipu je..

ye.. memang kita di tipu. kenapa kita perlu menyokong perbuatan salah moral macam ni sedangkan kita boleh menderma di masjid/surau. cuba kira, kalo setiap hari kita bagi RM1, sebulan paling tidak RM30. kalo kita semayang jumaat, kenapa tak hulur RM30 dalam tabung masjid? sebulan sekali apa salahnya.. mungkin kita akan sangsi, duit yang kita derma ke masjid tu kemana perginya.. kan? yang tu terserahlah.. sebab kita dah menderma kepada tempat yg lebih baik. sekurang2nya, boleh buat bayar bil letrik etc.. kalo ke geng buta tadi? sampai skang aku tertanya2, duit sapa lah yg diorang buat main snooker tu..

idaman ku

kau menggodaku
tiap liuk tubuh mu ku tatap
berkulit kuning langsat
entah kenapa aku terpikat

ingin aku menjamahmu
tapi kau tidak bersendirian di situ
aku malu, kerna nanti tiada sisa mu
aku buntu, tapi mau..

ahhh persetan kan semua
kau adalah milik ku
segenap kudrat aku melangkah
melintasi mereka yang berseloka
walhal tiada siapa pun yang peduli
tatkala aku menyentuhmu

kruk krak kruk
ku pasrah ku akur (kata lagu di radio)
sedapnya kerepek pisang ini..
786 alhamdulillah syukur...

hahahahaha

open house

open hse merata2 mmbuatkan aku takde masa. tak pegi kang, tak best la pulak. tapi sampai 4 -5 jmputan sehari, mana daya. keja menimbun weken ni. aku ingat mesti takleh tido mlm kalo camni. tapi bia la.. kawan2 nak jamu makan minum, ikhlas lak tu.. moga2 seme yang buat open hse tu dimurahkan rezeki.. taun depan boleh buat lagi. yelah, kalo niat sedekah kan dapat pahala.. tapi ada sesetgh umah yg aku pegi tu tak macam open hse dah.. siap kemah & katering. wah.. kalo ade jiran2 nak buat kenduri kawen, elok pelawa je tumpang skali. bole jimat apa.. memang tak salah menjamu tapi biarlah bersederhana. tapi kalo dah memang kawan dia satu kampung, mmg la kena buat open hse besar skit, ye tak? ish.. mana satu ni? abis camana nk buat open hse yang tidak membazir? byk cara.. salah satunya, jangan buat makanan pelbagai jenis.. mungkin pakat2 umah dia nasik ayam. umah lain laksa. and so on.. so, kawan yang dapat jemputan byk dlm satu hari boleh ejas tali perut untuk menjamah semua jenis tanpa was was. bukan apa, aku ada pegi satu jemputan tu sampai 6-7 jenis makanan berat2.. sudah nya, buang je. kan sayang makanan tu. kita mungkin senang sekarang tapi kalo tidak beringat, masa susah nanti baru terpikir betapa ruginya kita membazir. tak lama lagi raya haji.. so, acara open hse akan terus bersambung sampai sebulan lagi.. dari satu sudut, seronok dapat jumpa kawan2 dan family diorang. bermaaf2an dengan kesederhanaan.. rapatkan yg makin jauh. moga kita semua dapat menghayati hariraya di bandar yang semakin meriah dan mesra..

p/s: kekadang teringat raya kat kampung dah makin hambar.. kenapa agaknya?

Nov 10, 2007

precious moment


my spiritual music. taken from Last of the Mohicans (1992 movie). enjoy!!

http://youtube.com/watch?v=N8pwTdYPQLo

http://youtube.com/watch?v=RBpf9dfe1No

http://youtube.com/watch?v=MP71BfynALw

http://youtube.com/watch?v=uiGPBahHTQA

last song : performed by clannad

gelak

yak yak yey - hepi pasal dapat cekelat (khas utk kanak2 5 taun ke bawah)
horayy - biasanya utk org tua yg rase hepi cam kanak2
yahoo - bunyi orang pas exam (takpun pasal mak bagi greenlight kawin)
yabedabedu - ni time dapat mc. bole la plan p tgk wayang
wakakaka - gelak dalam tulisan (sesuai untuk mereka yang ber'ym')
eeeeeiiii - seronot sebab balak kol (khusus untuk gadis2)
ahak - gelak sinikal. mungkin sebab kena perli
hik hik hik - ni gelak ngumpat biasanya..
hehehe - jujurnya gelak nih.. biasanya ade la nk sambung ngate pape nih..
hahaha - gelak besar, sebesar mulut yg gelak
cicicikedis - gelak kawan aku yg bengong. aku pun x paham gelak bangsa ape..

beberapa jenis gelak yang dikenalpasti agak pemes. yang pasti seme boleh menggumbirakan hati. ntah lah... :)

Nov 7, 2007

panggilan perut

roti telur cecah kari kambing.

nescafe tarik.

air suam.

LAPAAAAAARRRR!!!
skrg jugak aku akan ke rest thaqwa untuk membelasah.

jeng jeng jeng
(SWAT team berangkat ke lokasi)

warna si tua

si tua warna pelangi
nyata meliuk angin jengah
naluri mengalun seribu wajah
seri bercacah jalaran usia
sukat nyawa dengan kendi
berkarat sekurun belum henti

si tua bewarna-warni
gamit hati terpamit rasa
terpasung urat sendi dan kudrat
tafsir maknawi jelas terpahat
menderu rintih dalam gumam
jamah ubun cicit terakhir

si tua mewarna diri
memateri hukum dengan jiwa
yang hak telah ditunai
yang akad telah dilangsai
lepas tanggung lepas dukung
berat beban galas pendayung

si tua terus leka dengan warna warna

Nov 5, 2007

tali

ada satu tali
warna putih kalau tak silap
nak kata plastik, bukan
jerami pun bukan
besi? jauh sekali.. aku bicara tentang tali
terjuntai? terikat? terbelit? terlerai?
kenapa? kenapa?

pegang saja lah
kalau terlucut, ada gumpalannya
jika mampu, peganglah kuat
harap mampu..
jika lemah, belitkan pada badan
sangga bawah ketiak
jangan lemah

mana tali tadi?
yang putih ke?
ini siapa punya, cantik tapi tak serasi
tepuk dada tanya hati

demi masa

kaki melangkah di atas sayap malaikat
sekelian takut walhal ada kudrat
biasalah.. yang datang ini pahit dan maung
lidah dah terbiasa manis biarpun songsang
berkejaran para penguasa lapar
menyusur setiap lorong dan celah-celah bangunan
berkobar-kobar mahu laksana hukuman

salah siapa?

yang tidak nampak tetapi melihat
atau tidak melihat katanya nampak

sedangkan berita bukankah untuk dikongsi?
bukalah hati, mereka tidak menagih simpati...

tukar ganti?

aku tak suka, tak suka lah!!!

"aku suka singkong, dia suka keju"

mane leh ngam. lagipun aku tak suka jenis melekat ni. buat2 manje la tu.. cett

"saya dah ada special, org seberang" best nye nipu...

senyap sunyi terus. senang ati aku. mgkin dorg tak paham kenapa aku terus2an ke umah dorg. mgkin dorg tak peduli perasaan aku. mgkin dorg tak kenal aku pun..

aku suka makan nasi lauk daging kicap walau ke mana pun kedai aku pegi. Paham??

tak paham sudah..

Nov 3, 2007

kunjungan

tgh2 apdet keja skit2, tingat lak nk masuk. mcm biasa, page yang tidak hangat, tidak beku..

tgh tunggu family dari johor. Ada la tukang bawak tu..

Tapi aku rindu jugak umi johor. mesti dia bawak makanan best2 hehehe.. harap2 dorg lepak tidur umah abg long sbb rumah aku sepah gilbab.

hahaha aku kena pampered lagi walhal dah besar panjang. dan takde kena mengena lak tu.. biar lah.. aku memang rasa mcm keluarga sendiri pun..

bagus jugak datang cepat skit sbb boleh aku sapedek.. kebuluran dah ni dari pagi x makan.. huhu

Nov 2, 2007

sebab

tekak aku bengkak, badan panas tapi kaki tgn seme sejuk..

hmmm... kenapa nk tulis sini?

biasanya aku bawak main bola kalo demam, biar cepat baik. tapi ni demam lain. sebab tu aku tulis sini..

hehe demam ke ape?

aku demam sbb sakit tekak sbb baru lepas jerit2 kat org yg larik utang tu sbb dia kate xnak bayar sampai bila2 sbb tu la aku demam so aku nak rilek sorg2 sbb aku xnak org nmpak muke bodoh aku ni sbb nanti org lain pon demam. paham?

ooo... sebabnya..

Nov 1, 2007

fantasi pandir

perlahan pandir mengayuh basikal
disangkakan enak menunggang kuda
melintas biawak meredah denai
men cot cot si pandir memanggil kucing
angan mau tv plasma bersaiz besar
pasti kehairanan andeh melihat dapur baru

tersenyum riak pandir menunggang
sangka sekampung cemburu dirinya
sedangkan semua ketawa melihat si pandir
memutar pedal dengan tangannya

hati keras

petir bergegar sombong dan angkuh
detik bersimpang antara syukur dan amarah

ribuan cakar hinggap di tubuh
tersilang? tidak kan jatuh maupun rebah

mengisyaratkan agar angguk atau patuh
sekelumit pun tidak malah lebih gagah

.... fikirku ketika hujan mulai reda

nasib badan

balik awal.lepak mamak.makan nasik.borak2.kutuk2.berambus.

aku teramat bosan sebab dapat berita paling tak best. klien xnak bayar hutang. dah lama aku tunggu, baru ari ni kata dia xnak bayar. apa aku boleh buat, dulu xnak saman, skang baru nak kejar, payah la. silap2 nanti dia kata kita along. halal je la kot? walaupun aku rasa x puas ati, tapi aku tau aku salah plan menda ni. terpaksa telan dan harap2 mamat tu tetiba tebukak ati nak bayar.

sekarang zaman pemiutang kena merayu penghutang. aku redha je la.. ada la rezeki aku nanti kat mana2. mudah2an mamat tu tak buat camni kat org lain. kalo x, macam rezeki haram dia bagi kat anak bini dia..

bumi ni luas, cari je rezeki kat tempat lain kan?? huhu...

great ideas

saje je nk ajak kongsi layan idea2 dari jepun. usha2 la link youtube tu. memang best gilak!! kat sana dah jadi tv show dah. bila kot kat sini nk buat? ke dah ada? hahaha...

Oct 31, 2007

suami, cinabeng dan dot dot dot

aku paling benci dengan sikap tidak bertanggungjawab! baru2 ni membe aku (bukan baik sgt pun), kol aku mintak dtg tolong bukakan pintu sebab terkunci dlm umah. risaukan dia, aku memecut mcm kapal selam ke umah dia. seb baik aku x sondol pasu jiran dia. smpai je, aku kol dia..

aku : ko kat dalam ngan sape?
cinabeng : aku kat opis
aku : laaa... abis yg ko mtk aku dtg ni pahal? sape lak tekunci?
cinabeng : bini aku. aku x sempat balik, ade miting. ko tlg pecahkan mangga tu. aku tak perasan kunci wife aku, aku terbawak dlm keta..
aku : haaaaaa!!!!!!!

skang baru tau pasal apa org panggil dia cinabeng!! &*%# cinabeng ais betul. mau aku tampar2 je.. walhal jarak opis dia & aku dengan umah dia sama jauh je. ada jugak manusia macam ni???

pendekar mustar : ini betul2, bukan cobaan... haihh

Oct 29, 2007

kami / kamu / mereka

jangan pandai menggelar nanti tercabang lidah bagaikan ular
kami harap syafaat, kamu menghindar rahmat, mereka caci kesat
kiblat merata walhal kitakan punya tujuan yang satu, bukan buntu
cuba lihat anak-anak kami bermainan kejar mengejar sambil lapar
bertangis harap nasi terhidang sehabis permainan berkejaran
kaki mengudis tapi jiwa membesar, kami juga nyaris tersasar
harap kamu, kami mati, mereka masih terus mencaci makin keji
anak-anak kami habis usia bermatian menegakkan tanah ini

kamu gila kuasa, kami lapar nasi, mereka makin berisi
kamu mandi emas, kami dalam lumpur, mereka bermain salji
kamu meniti sirat, kami sudah sampai, mereka jauh di bawah

bukankah kami telah kata, kamu ketawa, mereka menganga

lupakah kita semua di tanah yang sama?

aku penyangak?

apa rasa kalau orang kata kita macam penyangak?

9.30am

aku berjalan2 sambil usha menu sarapan kat food court MPPJ, seksyen 14, PJ. gerai2 ni kat tingkat satu bangunan kedai sebelah coffee bean. aku terpandang satu gerai ujung, ada ramai orang berbaris. mesti sedap nih.. aku pun ikut beratur sambil tengok2 apa yang makcik tu jual. ohh, rupanya lontong. lain macam je aku tengok lontong ni. special kot? bila sampai turn aku, aku order lontong berlauk sambal sotong. tak sabar nak melahap dah ni..

9.45am

sambil hirup nescafe, aku melayan perasaan breakfast sorang2. memang chef recommended la lontong ni. ada telur rebus separuh, kerisik kelapa pedas2 dan sambal sotong yang best. aku layan slow2 sebab aku tak tahan pedas. kang terbelahak, mampos...

ceritanya...

tengah makan2 tu aku terdengar ada sorang akak tu tengah layan borak dengan member dia.. "rambut panjang macam penyangak. ni mesti tak mandi seminggu. kalo masuk meminang, mampos la aku nak terima orang camni", gitulah yang aku terdengar soksek dia lebih kurang... arrghhh..

persoalan :

pertama : bila pulak aku kenyit2 mata kat dia?

kedua : laa.. tak kawin lagi rupanya.. (memilih sangat.. padan muka!)

ketiga : hinakah aku berambut panjang?

tapi aku tak pernah menyusahkan sesape pon selama ni. malah aku rasa aku cuba untuk jadi manusia, bukan sekadar penghuni bumi. dan aku tak pernah kesah apapun penampilan orang lain. apasal la kalo berambut panjang, cepat je orang label kita? walhal yang aku tengok ramai kena tangkap polis hari2 tu, tak semua pun berambut panjang.. sampai bila la fenomena ni nak berakhir (chewahh..).

moral of the story

berambut panjang adalah kebebasan individu selagi kita menjaganya dengan baik. dan apa masalahnya manusia yang selalu sangat peduli dengan menda2 kecik macam ni sedangkan banyak lagi hal lain yang lebih besar perlu difikirkan.

Huh...

mood design for BYL

simple je sebab aku agak busy dan ketandusan idea. :)

Oct 27, 2007

kaduk punye pasal

ari ni best. takde sape pun kol atau miskol mahupun sms. rase pelik tapi hati aku tenang gila. kan best kalo hari2 camni. aku pun tak buat apa2 kol langsung. teruskan dengan kerja2 yang menimbun dan tak terasa hari makin malam. membe aku lak baru abis begayut pakai tepon opis. dah lapan jam aku rasa dia mengayat dalam phone tu. mampus la ko kaduk.. aku xnak bagi pinjam duit bayar bil bulan ni.. tapi kenapa ah? jarang2 camni. slalunya hp aku vibrate memanjang.. tanpa segan silunya aku main game lepas setel keja2 rabak tadi.

tengok jam dinding.. aiseh.. dah kul 8.34pm

tengok keliling.. membe bangang aku dah blah tanpa wasiat.. cett

tengok hp.. ALAMAK!!! bateri tadak ka??? macam x cas je smalam...

aku dapat rasakan esok adalah hari bz aku memberi penerangan kepada seluruh makhluk yang try kol2 aku ari ni. mesti org kol opis tapi ngage. suwey punye kaduk. tapi tu laa.. aku memang malas usha2 phone. akibatnya, ari ni aku lebih bangang dari membe aku yang memang bangang alamiah tu.

sms? malas aku nk balas. buat2 bodo cam kaduk je laa..

huhuhu

Oct 25, 2007

action, click, flash...

salah satu program aku di bulan puasa baru2 ni. aku kena pegi ke pulau kecik kat area jakarta untuk scenary photoshot. giler rabak rakit ni. ngeri aku.. tapi aku berjaya melaksanakan misi tu dalam masa 2 jam je. sori, gambar2 tidak dapat dikongsi sebab byk muka aku.. tgk je la gamba wak pemandu arah tu.. hehehe... hensem apa..

malangnya.. trip aku ke Sepa Island esoknya tidak membuahkan hasil sebab hujan lebat mencurah2 sepanjang hari. dok area challet je sambil menunggu waktu bebuka. mujur group dive tak jadi datang. kalo tak, mampus aku menjawab sebab apa hari ujan. jawab sebab katak panggil, boleh? tapi best gak tgk ujan kat sini. aku diberikan kediaman cottage challet yang lengkap. just enjoy walaupun berpose.. so, program photoshot aku di sini terbengkalai. terpaksalah aku guna image2 lama yg akan memecahkan kepala aku untuk meng'edit'nya. tapi aku dah train member aku yg kena tunggu group dive datang esoknya. area mana yg aku aware, angle2 menarik dan camera spare aku dah kasi kat dia. cuma tinggal dia snap je. pastu email kat aku. sampai balik town pun aku dok kol2 dia. bukan apa, kang bangang dia datang, terlupa ke.. apa ke.. mampus aku. dateline beb..

banyak betul perjalanan aku. cuma ralat skit sebab keja time pose. tak dapat nak jamah makanan sedap2 yg cuma dijual waktu siang. tapi takpa.. dugaan mesti ada, baru best life camni.

dan aku mula menerima sms dari seseorang.. hehehe..

tenang di lautan

day 1
day 2

suatu tempat yang amat menenangkan. riak gelombang mengingatkanku kepada kebesaranNya, kekuasaanNya dan kesempurnaanNya. Suasana di lautan benar2 menyedarkan betapa kecilnya aku di sini. matahari mulai tenggelam menandakan masuknya waktu berbuka.. dan dengan perlahan aku menguyah kurma sambil terus menginsafi diri.. sengaja aku menenangkan jiwa di sini bertemankan bintang di langit..

malam tu aku memancing dengan perasaan yang sukar digambarkan. getusan joran sesekali mencuri pandangan namun aku terlalu asyik dengan kenangan dan bintang2. fikiran memutar2 waktu di selang seli dengan deruan ombak menghambur.. suasana dingin namun mendamaikan...

ahh.. kenapa aku perlu pulang?

Oct 24, 2007

warung pak kosan

semasa aku singgah di JaTim baru2 ni, sempat pulak singgah bebuka di sebuah warung kepunyaan pak kosan. warung ni memang tempat peberet aku sebab dia akan masak bila kita order. so, sentiasa panas. lagipun, tokey warung nih memang dah kenal aku. warung ni kecik je tapi bersih dan agak jauh dari jalanraya. bukan apa, kebanyakan warung2 kat sini biasanya di tepi2 lorong / jalanraya. so, agak kotor sebab byk kereta lalu lalang. sambil2 makan tu aku usha gak sekeliling, manalah tau kot2 lalu mariana renatta ke, julia perez ke, revalina ke.. hohoho... yelah.. mana tau kan.. nak makan kat hotel, macam tak best lak aku tgk. murah tapi tak kena selera. lauk macam2 ada termasuklah ayam goreng dengan kepala2 skali. ishhh.. nape tak letak kepala kambing dalam tray tu skali.. ape daa...

"tambah es jeruk buk," kata aku sambil melipatgandakan pengusharan meliputi depan kedai cd kat ujung jalan. alahai... rabun dah rupanya aku ni.. tak berapa nak nampak la pulok. bebuka kat sini awal.. kul 6.15 dah leh makan. tapi ari dah makin gelap. mujur la warung ni ada lampu. kekadang tu aku tgk, lampu gas je. selambe.. janji jualan laku. bukan org nak makan lampu, ye tak? sesekali aku sengih2 kat cewe kat depan aku. bebuka sorang2 lak tu.. tapi aku rasa dia ngeri tgk aku kot. rambut mengalahkan dia.. hahahaha.. pakailah pantene.. dijamin oleh lever brothers.. sengih je la.. pak kosan plak sebuk dok citer pasal ekonomi negara dia kat aku yang tak berapa paham ni. dia nih golongan puak berhaluan kiri. maksud aku, dia ni geng pembangkang. lantak ko la labu.. abis dengan negara kita pun dia sebut2. mane yang dia tibai tu, aku back up la. sampai kes negarakuku tu pun dia tau. tang tu dia marah giler. patriotik la pakcik nih. salute2.. bini dia plak sebuk marahkan anak tak moh pakai baju. org nak makan pun jadi kecoh. tapi kat sini memang budaya diorang cakap terus terang. pada kita mungkin agak kasar tapi itulah mentaliti diorang. cuma kekadang aku rasa sifat tu tak sesuai dipraktikkan depan pelanggan. atau mungkin aku je terasa kot.. org dia slambe je. ape2 je la...

aku beredar lepas bayar harga rp20000. lebih kurang rm7 je. tapi makanan yang aku tibai macam2. ayam setengah ekor, nasik, ulam, sayur kangkung tumis dan es jeruk 2. kalo kat tempat kita aku rasa mau rm20 kot. silap2 lebih lagi. sebelum blah sempat bersalam2 dan wish slamat ari raya, sempat gak ulur duit raya ke anak pakcik kosan nih. comel budak nih. suka aku tgk gelagat dia.

aktiviti malam? terawih la.. terawih kat sini meriah macam malam raya.. ramai giler manusia. siap takbir2 lagi.. dan aku pun terus teringat kat org tua di kampung.. huhu

kena 'ketik'

saiz dua jari
warna kemerah2an
kaki beratus2
panjang sejengkal

amenda tu?

LIPAN BARA !!!

yaa... peristiwa raya yg amat menyakitkan kaki aku. skali lagi aku kena 'ketik' dengan menatang ni. sakit ya amat. sedap2 je gigit aku pastu lari masuk semak. ko ingat ni main polis sentri ke?? hensem sgt la tu..

warna biru lebam
saiz syiling 50sen
rasa panas suam2
jangkamasa 3 hari

agak2 amenda?

skali lagi aku jumpa, memang aku kitai cukup2!!! sakit la macha...

program hari raya ke-2

raye dah pun lepas. tinggai mood raye dengan serdak kue je. byk org juai lemang tepi jalan. tak peduli ujan ribut petir.. cari rezeki beb. tapi raye baru ni aku terlibat dalam majlis merisik.. hehehe, bukan aku. tapi anak sedara daa.. tapi aku perasan perubahan dari kebiasaan tradisi. setau aku org dtg merisik anak dara org, kena la bawak cincin tanda. baru2 ni aku tgk dorg bawak buah dengan kek je. ni majlis makan2 buah2an tempatan ke? mujur musim durian dah abis. kalo tak naya je nak tatang menda alah tu atas dulang. tapi aku jadi mushkil sebab kalo org merisik tak tanda dengan cincin, takkan tanda pakai kek lak. ke adat tu dah tak relevan? mahal kot emas skang ni? tapi beli handphone memahal boleh lak. mungkin adat kita yg terhakis kot? aku rasa zaman skang ni org dah makin tak peduli pasal adat. kalo boleh, nak kawin terus kot.. tak yah pening kepala buat kenduri. tapi aku tgk kenduri skang makin hebat. dulu2 org bagi bunga telur, skang bagi mug (aku penah tgk). tapi at least still ada buah tangan. kalo bagi bunga telur pun silap2 org buang je. tu lah org melayu, adat berhalus.. budaya berbudi memang dikenang. org datang dapat makan dan buah tangan. pastu salam berkaut.. untung2 not merah. bukan apa, kesian tuan rumah abis bebelanja sakan. tapi majlis merisik yang aku tgk baru2 ni menyentuh perasaan jugak. masa keluarga lelaki nak balik, kedua bakal besan berpelukan tanda gembira anak mereka akan disatukan. dua ekor budak tu lagilah sukenya.. perhubungan yang direstui kedua pihak bakal disegerakan ke jinjang pelamin.. hehehe, kami yang dok perati ni jugak tekulat2 makan buah2an tempatan tadi.. hehehehe..
p/s: si lelaki dok jeling2 je awek dia tu.. hishh, baru merisik dol, bukan lesen tu. tapi sekurang2nya kalo tepon nanti taklah kena sembur.. hak hak hak... jangan lupa buat overtime.. kang nk kawin kena gi bank rakyat lak....

pengalaman?

"pengalaman mengajar erti kehidupan"

sebaris ayat yg selalu diungkapkan oleh ramai manusia. tapi selalunya pengalaman sekadar bertukar menjadi ingatan. bukan benar2 menjadi pengajaran. bodohkah kita kerana melupakan segala pengalaman yang dilalui semata2 kerana ianya pahit? atau butakah kita kerana ianya kurang menarik? pengalaman yang kita kutip sepanjang kehidupan ini adalah cermin keperibadian kita. jika tidak dipedulikan, mungkin kita akan lupa dan terpaksa melaluinya sekali lagi. sedangkan telah tersedia panduan dari pengalaman tersebut yang dapat memberi erti kemanisan mahupun kepahitan dalam kehidupan. jika takut pada kegelapan, pasti kita akan cuba meneranginya. namun jika tidak pernah merasai, bagaimana kita tahu bahawa gelap itu menakutkan?

rasailah kesakitan kerana dari situ kita tahu apa penawarnya.. peace

Sep 30, 2007

pencoleng harus mati

lapanbelas penjuru gurat kepala, luka namun enak
sedang si bego terusan pidato sontaknya
acara bocah bocah diunggulli pria kesetanan,
pusing liat pelangi seharusnya tiada terderit
pesta pemabuk ketemu pemabuk rapi dasi bersilang
bicara hal negara.. kasian si miskin (kapan matinya?)

dasar!! edan-edanan aja kamu pekik
hak!! pencoleng ini pandai berbicara
aman!! bokap elo aman dan enak

pause:
lonte lewat. asisten angguk tanda mengerti. pencoleng semakin hangat
terus bicara tentang moral

habisi si pencoleng biar kita yang korban liat dia tewas
cabik kantong sekalian.. coba nyari uang selip
potong kepala guwe jika ga ketemu!!
atau... potong kepala dia jika ketemu.. berani?
bajakan identitas di rapat, kayak lomba senyum hadiah jutaan

disiplin... atau diselipin??
dahak ijo guwe pantas buat pencoleng

ahad yang mandom

-----> bangkit dari - tido
I kepala ku - beRAT
I ahad yang - bo.......ring
I aku - m . a . l. a. s .
I badan yang - letihhhh...
I
I tapi, perut ku - lapar
I tekak pula - dahaga
I so, aku kena - bo layannn
<----- apakata aku - tido

??? ulang proses smpai 4 kali ari ni..

pejam celik pejam celik... tak lama lagi dah - RAYA!!!

!!!YABEDABEDU!!!

perjalanan

1st
aku terlanggar bucu meja. 'zrasss'.. koyak baju kot? rasa pedih. aihh.. bedarah belakang aku. tgh sedap kutip barang, bila bangun je tesagat belakang. anak sapa la letak meja kat sini? nak je aku tempeleng jadi lempeng.. bengang
2nd
ni lagi satu.. sape la pacak tiang kat blakang keta aku. undur je gedegang!! aku yang senget atau kete aku yg bangang. ke aku yg bangang sebab paking senget? kemek skit, calar dan hati aku makin bengang
3rd
jumpa someone kejap.. ade je nak kirim la ape la.. cam takde poslaju lak. tengah sedap bace paper, tersigung cawan. pranggg... jatuh bekecai macam ati aku yg dah tentu kena wt muke bodo pasni.. bila lak ade cawan kat sini? "eh.. takpe2, memang salah i letak cawan tu dekat siku u", chehh.. ngengade.. cakap je la suh aku ganti..
4th
belum pun ati aku reda, tetiba "aduh!!", skali lagi pale aku lak jadi mangsa.. dengan muke bodo yg tak abis tadi, aku blah meninggalkan beberapa org yg nmpk kejadian aku meng'heading' palang kat paking keta. pak guard tu sengih2.. skali aku 'tangan' baru tau.. iskk ape la malang nasib aku ari ni..
5th
perjalanan yg rileks.. hati yg bercelaru bercampur baur dengan rasa seronok. tetiba.. 'brreekkkkkk'.. pehhh.. mujur la aku tak langgar kotak kat tgh highway ni.. anak sapa la main kotak kat sini.. ada la ni lori mana2 tak ikat kotak ni.. cisss.. masuk gear, jalan sambil bersabar..
6th
sampai.. sempat beli air untuk bebuka kang. jalan2 smbil usha2 ikan bakar.. malang skali lagi.. 'gedebuk!!' abis air aku jatuh. budak ni nk lari2 pun jgn la kat sini. seb bek langgar aku, kalo langgar kuali ke, tong ke.. tak ke naya.. tapi aku hanya tersenyum dalam senak. "maaf ye dik, anak akak ni memang suka lari2", kata sorang akak sambil tgn sebelah lagi bawak byk plastik. sian budak tu.. mesti pale dia sakit gak..
---------------------------------
tenang . damai . sunyi . sayu
---------------------------------
al-fatihah... ini saja yang dapat aku kirimkan.. semoga dia aman dan bahagia..
"walau apa pun pengalaman aku sepanjang perjalanan tadi, bila sampai sini hati aku kembali tenang. terasa seolah2 dia memang menunggu kedatangan aku. sempat berbual2 dan merenung jauh.. insyaAllah.. kita pasti bertemu satu hari nanti.."
dan azan pun berkumandang ketika aku mula beredar....

Sep 27, 2007

bz day

bz nak mampos.. baru pegang pen, klien kol nk jumpe. kejap2 kol masuk. larik gi setapak kena tgk sampel. balik opis, letih.. baru acu nk mendesign, barang sampai nk kena arrange.. pastu kena gi balakong tgk barang run plak. balik opis lagi.. nk bebuke je ade pulak klien bodo mane ntah mau bincang2. tak pose ke minah ni? nk setel mau berjam2. last2 aku pas kat member kasi tolong handle. pas buke, ingat nk duduk mendraft, klien pagi tadi plak kol tanye bila nk sampai.. pale otak dia, ingat aku ade jet ke? nk tajang takleh, nk maki kang aku kena balik. yelah, sape suh wat keja last minit.. abis camana? dia gak suh tukar itu ini, pastu expect seme ready by end of the day.. mau picah pale camni.. mlm ni ingat nk tgk wayang ke, mancing ke.. abis seme plan x menjadi.. kalo gini la ari2, mau botak pale. dah la muke aku serabai je ni. kuar seme bulu2 muke. rambut pon dh lame x shampoo. berat gile rasa kapla aku ni. rase nk membotak pon ade.. hahaha best gak kalo botak. leh jimat duit shampoo. tapi kalo aku botak, mesti muke cam alien. sure kena kutuk sampai jadi panjang balik. tak sanggup aku kena tibai ngan membe aku sorang tuh. berapi kalo dia kutuk. aku rasa gini la.. aku mau kasik setel ini keja cepat2, pastu apply cuti kat diri aku. pastu aku sain, kasi cuti lapan bulan kat diri sendiri. hahaha best la.. aku nak pegi cameron highland makan stoberi. pastu gi perlis makan laksa kuala. on the way tu leh singgah makan mee udang kat sg dua. perghhh... meleleh air liur beb.. tapi.. kalo aku cuti lelame, sape nk bayo itu ini? mane nk cekau duit? ishhh.. mmg buat aku penen. jadi, senang citer.. aku TIRU ayat best ni..
"malas pk"
hahahahahawau bulan..

Sep 25, 2007

tewas

menitik-nitik darah berjejer pekat kusam
bertaut isi dan urat kasar halus saling bertindan
roma terselit daging tulang bercerakah senjah
darah bugar mata bundar sempar menyasar

bantu
kata mereka

buntu
kata kami

jelepuk bukan tertuil malah besi harus cair
tuang dalam serpih otak membeku jadi batu
tersiat terkoyak terabak tercampak tersepak
suasana hingar terkadang diam terkedang

sana sana
kata mereka

sini sini
kata kami

sakitnya ya ampun bercekak saling membanting
arah terang mana berkepak yang utuh
perlahan kaki di dada kemudian di kepala
tertarik di halkum tersentak berhimpun
dengan satu nafas ahadun ahadun
berhambur percikan kotor berpecah pecah
tepat di atas langit biru mulai hitam

terlihat mainan ketika kecil
terpandang berarak diapit direnjis
terbayang si bongsu mungil tersenyum

mana mana?
kata mereka

mana mana?
kata kami

Sep 24, 2007

urut?

urut keruk syiling
satu kaedah urutan yang agak menyakitkan tapi menurut si tukang urut ianya amat sesuai untuk mengeluarkan angin2 dalam badan. proses mengambil masa sekitar 20minit. anggota badan yang dikeruk akan kemerah-merahan dan mungkin agak kehitaman bagi yang mempunyai masalah angin dalam badan yang kronik. sejauh mana kebenaran kaedah urutan ini masih lagi tinggal sekadar buah mulut mereka yang pernah mengalaminya di mana kebanyakannya mungkin serik untuk mengulangi proses menyakitkan ini.
cadangan: apa kata keruk kepala big2 bos yg tersandar kenyang setiap masa tu.. manalah tau kot2 baru nak teringat gaji tak bayar lagi...


urut batin
salah satu kaedah urutan jarak jauh biasanya untuk kes-kes patah tulang. juga untuk rawatan penyakit lain yang setakat ini kurang popular. kebiasaannya pesakit akan berjumpa dengan si pengurut sekali sahaja dan diberikan beberapa petua sebelum proses urutan ini berlangsung. kaedah jarak jauh ini dipercayai dapat memulihkan pesakit walaupun ada yang mengatakan ianya tidak logik. pesakit perlu bersedia kerana urutan ini akan dijalankan pada masa yang mungkin tidak sesuai tetapi respon mengatakan ia biasanya terjadi pada waktu malam.
cadangan: pihak bank patut menggunakan khidmat ini untuk "mengurut" kad2 kredit yg dipatahkan oleh pengguna akibat terlalu byk utang... hehehehe

urut aroma terapi
kegemaran golongan wanita di pusat salon kecantikan di mana proses ini menggunakan beberapa jenis haruman dan latar belakang muzik yang tenang. urutan ini bertujuan untuk menenangkan perasaan dan lebih bersifat psikologi. tukang urut tidak menggunakan tenaga yang banyak tetapi perlu cekap memilih otot yang keletihan bertujuan melegakan di samping bijak melayan perbualan dengan pesakit. golongan wanita biasanya mungkin memilih untuk mendapatkan khidmat ini sekitar awal bulan atau pun pada bila-bila masa untuk menenangkan perasaan di samping ketika menjelangnya hari persandingan.
cadangan: ahli politik yg bertanding kena dapatkan khidmat ni sebelum hari mengundi sbb konfem jiwa tak tenteram akibat duit byk abis berkempen. tapi lepas abis mengundi, kena datang lagi utk menenangkan pikiran sbb kalah... yelah, nk pikir strategi baru.. kalo menang... hehehe... nk pikir camana nk lari dari janji... wakakaka

urut sosial
amat popular dipraktikkan oleh tukang-tukang urut dari negara luar bertujuan melegakan stress pesakit yang mungkin lebih stress selepas diurut. tukang urut biasanya tiada sijil dari mana-mana institusi perubatan tradisional malah mungkin langsung tidak pernah mengurut. kebiasaan pesakit boleh mendapatkan khidmat ini di pusat-pusat rawatan yang agak tersorok di ibu kota yang mempamerkan tanda perniagaan berlainan daripada perkhidmatan yang ditawarkan. mengikut kajian, kaedah ini amat popular bagi golongan berumur dipercayai kerana lemah-lemah urat dan kekuatan pendapatan mereka kerana bayaran urutan ini agak mahal.
cadangan: isteri2 kat umah kena perati sbb kalo suami tetiba pandai urut, ada la dia kemana2 tu...

urut duit
digemari oleh kaki judi atau orang yang percaya kepada kekayaan sekelip mata tanpa usaha. popular bagi golongan kaki nombor ekor juga di mana mereka berpendapat urutan ini bakal menaikkan nombor taruhan mereka kepada hadiah pertama. tukang urut hanya perlu bermodalkan kemenyan dan kata-kata mistik serta tidak perlu bertanggungjawab sekiranya tidak mujarab kerana dia sendiri tahu urutan ini tidak pernah mendatangkan hasil. memetik kata tukang urut dari utara, tok din (bukan nama sebenar), "kalo betui la menjadi, baik aku urut duit aku sendiri...".
cadangan: cadangan ditutup.. hehehe

Sep 23, 2007

burung yang rebah

seekor burung rebah
manifestasi dirinya tersanggah
tercatuk binatang gumam terbisik
ke longkang atau ke simpang?
sedang haiwan meninggal majlis
semua balik ke sarang

seekor burung rebah
lapar anak cucu tergusar
sarang terhebat baru naik sendi
paruh sudah menjadi muncung
kelibat binatang meroyan semua
terhidu bangkai di hujung rimba
menindih segala haiwan melata
mana yang berdiri... terpancung
yang merayap?
terpotong...
bangkai terus kering darah

seekor burung rebah
pepatah bertongkat paruh
setan alas berbangga dengan muncung
terkangkang mengepala binatang semua
bangkai mereput membau dicarik bernafsu
biar tulang asal perut menggunung
dasar... hanya mereka terkedang
sedang haiwan di sarang
tak peduli waima terkesan

seekor burung terus rebah

Sep 21, 2007

sepetang yg redup

aku lapar skang nih. lapar sgt2. byk berita x best buat jus gestrik dlm perut aku merembes x henti2. lmbat la pulak time bebuka.

tgk movie : fed up sbb balik2 cite sama
tgk youtube : lagi hampes..
tgk paper : cukup la sad story ari ni
tgk kucing : hmmm.. 2nd choice kot
tgk cermin : warghhh... muke x cukup tido 8 taun
tgk muka jiran : hehehe... kang pepasal laki dia katok aku
tgk langit : redup gak.. seredup hati rakyat malaysia sekarang...

adoila... xtau nk buat pe nih..

aku rasa nk g pasar ramadan greenwood. kalo boring, g kat sri gombak. boring lagi, g balai tanye ade tak sel kosong... tumpang semalam dah la.

sure polis seme x layan aku.. sebab skang dorg dok sebuk cari mamat pundek tu..

harapnya lahhh....

dendam

#frasa kasih
adik ku sayang
wajah lembut tanpa dosa
pasti mengukir senyum termanis sekarang
permulaan bahagia selamanya
pengakhiran derita bagimu
setiap urat yang menjalar rasa sakit itu
akan menuntut berkali ganda balasan
tidak sekarang, pasti nanti

ramadhan pemutus nyawamu dik
barakah yang memilihmu dik

#frasa kejam
pergimu mengukir dendam kami
makin lama makin hitam kejam
KAMU manusia?
sadis sicko laknat syaitan dan segala caci maki
moga KAMU dapat lari sejauhnya
tidak nanti minta2 nyawa dihabisi
dendam ini bukan mainan
KAMU belum ditemui
ulang... BELUM ditemui
bersenang2 lah KAMU sebelum itu
sebelum disula dengan kayu berduri tembus kepala
korek satu mata, supaya KAMU masih terus nampak
potong lidah, kami benci mendengar rintihan KAMU
sebaiknya siat kulit sendiri kerana kami malas sentuh
bersenang2 lah sebelum itu
bersenang2 lah..

apalah kudrat kami wahai Tuhan
tamatkanlah kesenangan DIA sekarang
bawa DIA kepada kami
dan kami bawa DIA kepadaMu..

Sep 20, 2007

Keparat Jebon sdn bhd

kalau tuan pergi ke pasar
belikan patik sehelai celana
kalau tuan mahu berkasar
ingatlah mantan pun tak kemana

laksamana kerah seluruh tentera
musuh ancam adat dan budaya
rezeki nak jadi jutawan segera
biarlah haram asal bergaya

pahlawan terbilang dari Kediri
lawa paras, tangkas geraknya
bukan niat menjual negeri
adakah salah jika patut harganya

dayang istana bermain mata
menggobek sireh tercampur gula
sahabat semua hidup derita
biarlah mereka sapu segala

berjoget inang menghibur rakan
melagukan syair penuh indah
rakyat susah cari makan?
ikut resmi ayam je, mudah...

berpencak silat temenggung jebat
marah ada batas, dendam tiada had
tender keluar konfem sebat
sapa lagi, Keparat Jebon sdn bhd

lalala...

kata kami

kami mahu lari dari sunyi kota
berderu kejar riuh gua kecil
tercacah sendi melapik urat-urat
sejauh mata kedap bau terasa di halkum
kata di atas.. silakan ambil alas dan tenang
bukankah kita cukup erat di kota?

penat kami nanti siang
terik tak tembus
kami bosan tapi aman
pekik sebelah gegar ke sini
kata sendi semalam aku masih lentur
kata jam tubuh aku mahu tenang
penat berdetik biar kami tidur
apa pula kata penghulu
lima dari tujuh setiap hari di lulur
tanggung beban walau tak sebesar kekar
susah tapi dulu senang lenang

ratusan tahun bagi munafik
empat kali sujud bagi yang patuh
apalah harga di kota
lepas lelah, lelap dan jaga
pilih tingkat yang mana.. asal saja jangan ke curam
tapi kalau kami lafaz yang sekali dalam dua
yang dua dalam empat dan tiga
senyum-senyum saja

sudah, kami mau rehat
dah minta gegar tadi supaya perlahan
tapi yang di kota juga boleh minta
dah ada di sini... nyata depan mata
penat terbalas buat kami yang usaha
yang di kota.. masih ada waktu
tapi jangan tunggu sebab dia suka berlari
cepat, tak sedar langsung
tahu-tahu ada di sini...

pantun seloka buat kamu

kamu pembaca pertama
tahniah dari urusetia
walau entry ini jadi kelapan
jgn toleh depan

kenapa jgn toleh
sebab depan kena pandang
kalau kamu toleh
makna kamu pandang belakang

belakang ada apa
jamban, besi buruk dan kenangan
depan ada apa
jamban, besi baru dan angan2

angan2 bukan salah
lagi salah kalau bermimpi
sebab angan jadi tabah
sebab mimpi jadi sepi

jalan hati2
jangan masuk lubang
kena terus berdiri
walau dalam lalang

macam biasa... ada baris terakhir lagi... :)

bicara malam di tepi tembok

org tua: nak buat apa sini malam2?
org muda: ntah, tengok kete kot..
org tua: owh.. banyak ke kete lalu tadi?
org muda: emm.. adala jugak. kekadang bas. lori payah sikit
org tua: pasal apa lori kurang?
org muda: hehehe.. mungkin sebab dorang lalu highway kot
org tua: highway belah mana pulak? sini kan jalan kampung..
org muda: highway baru, masuk ikut ujung pekan. pakcik tak tau ke?
org tua: pakcik bukan orang sini nak..
org muda: owh.. asal mana pakcik ni? datang sini buat apa?
org tua: asal pekan sebelah. datang jenguk sedara sakit
org muda: sape plak sakit kat sini? setau saya seme ok je.. tak tau la kot2 tak sampai berita
org tua: husin, cikgu pencen yang duduk rumah hijau kat simpang depan kedai tu
org muda: oooo... cik usin kelapa
org tua: haah.. husin kelapa. sian dia.. jatuh pokok petang tadi. parah jugak
org muda: isk3... kesian.....
org tua: ok lah nak.. pakcik nak ke sana sekarang. jumpa lagi.. assalamualaikum
org muda: waalaikumsalam.. baik2 jalan. kejap lagi kami ke sana..
org tua: yelah.. pakcik beransur dulu..

suatu perbualan ringkas yang memperlihatkan tutur kata anak muda terhadap orang tua. keadaan ini amat biasa sebenarnya.. cuma segelintir orang memandang kaki lepak ni sebagai sampah masyarakat. tidak salah tetapi juga tidak benar.. kaki lepak amat berperanan sebagai pengawal kampung, pengawas keadaan anak2 dara pingitan dan pelbagai lagi faedah yang mereka sumbangkan. cuma mereka tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi. tapi, yang mengaku menjana ekonomi juga koruptor sifatnya.. tak semua lah.. sama banyak dengan kaki lepak yang menyetan kot.. ?? jadi.. sama je la keduanya.. tapi kenapa yang kena satu pihak? jawapannya mungkin sebab pakaian? atau kereta? atau wa ampu sana wa bodek sini? hehehe... para koruptor semua.. awas!! jika anda terus begitu, suatu hari negara kita akan jadi negara pengeluar kaki lepak tersohor dunia.. kerana apa? fikir sendiri..

org tua: baik budak tadi dari anak aku.. keja je bagus, tapi perangai kurang ajar. kuat makan rasuah plak tu.. macam ni ke nak doakan aku nanti? hishhh (gumam sambil menyedut asap kretek)

aku: saje tepikir sebab ramai orang malas pikir

Sep 19, 2007

lenguh kaki bawak kueh

semalam aku ke pasar ramadan. nengok2 orang meniaga. macam2 dorang jual. kekadang terpikir, rajin betul orang kita ni. dalam penat berpuasa, sempat buat itu ini. tapi terus terlintas kat hati aku.. atau bukan sekadar habiskan masa? memang anak di rumah dahaga susu, berak tidak berlampin, kurang vitamin C. mungkin juga kat rumah yang menunggu ialah isteri yang sakit? atau suami yang baru kemalangan. terlantar menanti adakah balik nanti dapat tukaran wang dengan beras?
"murah la sikit bang, saya beli banyak ni.." ayat yang aku dengar.. kesian si penjual. sekadar mengurangkan rm1, apa ada hal kan? tapi mungkin itu jumlah belanja anaknya sehari di sekolah. si pembeli pun satu, tawar menawar dah jadi habitat (habit karat). kekadang tak dapat kurang seposen pun macam nak bertumbuk (tarik rambut?). cuba pandang si penjual.. selain 1001 sebab dia meniaga, 'ya' adalah jawapan sekiranya ada tawaran hidup yang lebih baik. mungkin aku agak terlebih kesian, tapi lebih baik daripada kesiankan pembeli yang terang2 balik pakai kereta besar.
nampak sorang makcik tertunggu2 pembeli. sedap nampaknya kueh yang dia jual. betapa berseri muka bila aku tanya harga. lebih berseri seolah nak buat menantu bila wang bertukar tangan. punya seronok bila barang terjual, biar sikit tapi bagus buat permulaan. dalam hati aku benar2 teringatkan mak kat kampung. baru jumpa minggu lepas tapi air tangannya bila memasak tu susah betul nak lupa. kueh makcik tu aku dah ilang selera...
penjual tebu yang berisiko tinggi. emmm.. nampak gaya tahun lepas dia ni la jugak. tahun ni dah upgrade 2 mesin. aku risau je kalau2 dapat tebu merah. yela.. dok letih2 puase, kang ada tersorong tangan... haiihh.. aku blah sambil cuba melupakan kesedapan tebu segar masa bebuka..
"ko nampak je dorang tu camtu, banyak duit tu.." ayat biasa kawan aku bila aku share pengalaman aku di pasar tadi. hmmm, ni lagi satu.. ayat dengki atau ayat penyata? aku lebih nampak macam dengki.. hehehehe.. aku pun naik pelik, macamana la kebanyakkan orang macam tau je income orang lain? ke ade sifat Jage Tepi Kain Cik Kiah? hmmm... biarlah orang kita berduit. kita masih harus terus menyokong walaupun mungkin mahal sedikit. bukan apa, mereka jual 100 untung rm2, kita jual 10 untung rm2 jugak. agak mahal tapi jika itu harga yang boleh aku bayar untuk melihat bangsa aku meningkat, aku sanggup!!!
macam biasa.. ada satu baris ayat last..

halatuju pendengar kata orang

undur
bila nak maju
terbalik
bila nak pusing
u-turn
sampai tempat tadi
sehala
lupa dari mana
dongak
tekak haus harap orang
tunduk
cita-cita jadi angan

lapanbelaskali aku dah bilang
jangan dengar cakap orang
semua macam ikan semilang
nampak jujur tapi bisanya garang

nak mudah?
... jangan hidup

terajang pak malau(n)

rasakan
berjuta kali
aku terajang kau
kepala otak kau laa
terajang kau je kau pikir
terajang aku balik kampung?
iskk sudahla berlagak angkuh
kita skang bukan macam dulu
hidup sekadar cuma perlu sehari
mana kerja lagi, mana lepak lagi
kalau ko asyik nak terajang aku
bila kau nak kerja bersungguh
sakit aku, esok boleh baik la
anak bini kau tak makan
kau suruh siapa suap?
bapak mentua kau kot
ke kau memang dayus
depan cakap angkat lengan
blakang cakap hayun parang
baik kau terajang bos kau tu
sibuk mengkayakan sundal
dengan hormat aku tanya
nampak tak kasut aku?
kau angkuh aku sepak
biar mati berulat
kasut buatan gumbhak?