Nov 21, 2007

hikayat mergastua

arakian berangkatlah segala mergastua; lelap bertangguh hiba bukan alang-alang dari kota pekik riuh segala macam, ke pinggir rimba berdagang, ulat tidak mati oleh batu hendaknya, bak pantun orang,

kolek elok masuk berlabuh
kuak ayer bermuka-muka
rezeki nan bukan digaduh
turun rahmat nan tak dipinta

ralit mengepak mata jauh pakai memandang, oleh empunya rimba bukan diturut satu-satu kehendak, barang menumpang bukan terhalang, barang yang salah pakat dihadang maka bersenang jika mendatang hasil, meminjam kata orang,

untung sabut timbul untung padi rebah
ngiyang nyamuk kuk bertelur
hati bagai dipindah-pindah
datang nya beroleh bagai diatur

sayugia disebut-sebut megastua mendapat tanah sekangkang kera, hatta tiadalah besar sepenjuru sarang menimpa-nimpa selain cukup sekadar bermakan pakai sehari-hari. adapun terkemudian empunya rimba berlari-lari anak, tidaklah berpakaian mencari sisa di rimba berjerit-jerit memugar tanah, sedang mergastua mudik mengepala bertuan sudahlah pula diamnya empunya rimba berkias-kias sahaja.

duduk sama rendah berdiri adapun lebih tinggi
bagai digunting dalam melipat adapun ketua keramat
yang ditanak dimakan ulat padi bulat-bulat gemuk berisi
sudah nasib diuntung lupalah bersyukur merana merempat

akhir mergastua beranak pinak meminta-minta kesamaan dulunya tidak dihiba, tanah rimba kering laksana gendang, bunyi maha kuat sedang isinya hampa..

15 comments:

byl said...

Arghh! Macam baca hikayat Hang Tuah. Pening pale

posmen said...

hahahaha mendalam makna hikayat tu byl.. belajar2 karang prosa klasik. thanks for reading
:)

blackpurple @ jowopinter said...

Tajam menikam!

pandagumuk. said...

x paham :(

Pyanhabib said...

fuh!

Anonymous said...

...dan mergastua itu pun berarak dan bersorak.

Di tanah dagang penuh keramat.

Pada sejarah yang sudah menjadi hikayat.

Aku penat...

posmen said...

akang pinter:
pinter kamu.. :)
blaja2 bro..

pandagumuk:
thanks 4 reading

bro pyan:
berterimakasih saya kerana sudi singgah.. :)

po:
klasik ganding dgn sajak..
u rule man.. :)

aria ayumi said...

encik posmen, kite suka dgn lagu di blog ni. budak mana yg nyanyi ye? *hehe sowi, takde kena mengena ngan entri plak* :p

arsaili said...

salam..bahasa tinggi nih..adesss

posmen said...

aria ayumi:
budak ni nama tasya. dia nyanyi dgn duta, sheila on 7. sila layari-
http://id.wikipedia.org/wiki/Tasya
:)

arsaili:
thx for singgah.. bila balik msia? ke duduk sana?
:)

aria ayumi said...

lerr. nyanyi ngan duta ke. huhu. thanks 4 the inpo.

aip. xmo update ke encik posmen?

posmen said...

aria ayumi:
lex jap. byk kije le cik.. :)

aria ayumi said...

owh. banyak kije rupanya. takpe2. take ur time :D

13may said...

perghh!!! kena amik masa nak paham nih...hahha

posmen said...

aria ayumi:
hahaha begitulah...

en may:
amek2...
thanks singgah.. :)