Nov 14, 2007

industri berat sebelah

Menyingkap sekitar 'presentation' aku di bulan puasa. dalam bulan puasa memang aku agak aktif sementelahan pula dipertanggungjawabkan agar keseluruhan projek lancar. dengan yakin, aku berdiri menghadapi delegasi pengiklanan yang agak hebat (sehebat pertaruhan kami). mujurlah aku di bidang yang tidak mementingkan formaliti. ke'kasual'an aku mungkin memberi sedikit kredit dalam persembahan kali ini (bukankah kumpulan kopratasa tidak memakai kot?). tapi aku bukan membuat persembahan koir atau seumpamanya..

skop perbincangan selaras dengan perkembangan industri hiburan negara jiran yang semakin mendapat tempat di negara kita. aku sebenarnya tidak menyokong 100% kemasukan ini tetapi aku akui kelebihan mereka mempuitiskan (?) lirik dan susunan lagu memang mudah mendapat perhatian pendengar kita. tapi kenapa malaysia? bukankah jualan di negara kita sekadar cuma 10% @ 20% dari pasaran mereka? jika di negara kita jualan album peterpan sekitar 30,000 unit, di negara mereka mungkin mencecah 2 juta salinan. itu belum kris dayanti, dewa 19 dan lain2 lagi. itulah penaklukan sebenarnya. egois dan monopoli menjadi ukurcara berkemungkinan bagi setiap artis di sana. kalau tidak masakan filem my heart mendapat publisiti meluas sedangkan di negara mereka "maaf, saya menghamili isteri anda" mungkin lebih menonjol..

pendekatan 'santai' membuahkan hasil apabila mereka menggemari idea dan visual langsung yang aku ketengahkan. sambil memampangkan palitan warna, aku turut merakam wajah delegasi yg bakal aku ketemui untuk membincangkan potensi kerja visual artis kita pula di sana. tergambar seribu kepuasan apabila hasil kerja (kami) mendapat kupasan yang mendebarkan, tetapi cukup profilik. rata2 pemerhati berpuas hati apabila aku utarakan persoalan timbal balik yg wajar antara perkembangan industri ini. walaupun aku cuma membentangkan konsep tradisional (yang mengikut kata sesetengah kita agak lapuk) namun konsep tradisional kemelayuan itulah membuka ruang bagi kami berdiri sama tinggi dengan konsep seni moden futuristic bawaan mereka.

kenapa industri hiburan yang menjadi topik? aku rasa mereka mungkin mahu menggempur lagi industri negara kita dengan barisan yang lebih tulin melodrama-nya. sampai akhir diskusi, aku masih tertanya2, kenapa mereka sanggup berhabisan untuk mengkaji pasaran dan menyiapkan segala bentuk bahan sokongan walhal komposer negara kita semakin leka dengan anugerah2 yang akhirnya berhabuk atas meja. kita tidak berbakat? atau mereka yang bijak mengatur strategi?

semasa dalam perjalanan balik dari LCCT ke KL, aku buka channel 96.7 (sinar), 97.6 (hot.fm) dan 103.3 (era) berturut2. hasilnya?

96.7 - biar bulan bicara (broery)

97.6 - dewi (dewa 19)

103.3 - lagu tema Love is Cinta

memang kerja mereka berhasil.. dan sebahagian kita semakin asyik melayan. artis kita pula terperasan semakin glamour.

siapa yang bijak?

2 comments:

byl said...

minum milo!
pasti juara!

=p

posmen said...

byl:
kumen ko mmg buat aku rasa nk minum melo ais..