Nov 5, 2007

demi masa

kaki melangkah di atas sayap malaikat
sekelian takut walhal ada kudrat
biasalah.. yang datang ini pahit dan maung
lidah dah terbiasa manis biarpun songsang
berkejaran para penguasa lapar
menyusur setiap lorong dan celah-celah bangunan
berkobar-kobar mahu laksana hukuman

salah siapa?

yang tidak nampak tetapi melihat
atau tidak melihat katanya nampak

sedangkan berita bukankah untuk dikongsi?
bukalah hati, mereka tidak menagih simpati...

No comments: