Sep 19, 2007

lenguh kaki bawak kueh

semalam aku ke pasar ramadan. nengok2 orang meniaga. macam2 dorang jual. kekadang terpikir, rajin betul orang kita ni. dalam penat berpuasa, sempat buat itu ini. tapi terus terlintas kat hati aku.. atau bukan sekadar habiskan masa? memang anak di rumah dahaga susu, berak tidak berlampin, kurang vitamin C. mungkin juga kat rumah yang menunggu ialah isteri yang sakit? atau suami yang baru kemalangan. terlantar menanti adakah balik nanti dapat tukaran wang dengan beras?
"murah la sikit bang, saya beli banyak ni.." ayat yang aku dengar.. kesian si penjual. sekadar mengurangkan rm1, apa ada hal kan? tapi mungkin itu jumlah belanja anaknya sehari di sekolah. si pembeli pun satu, tawar menawar dah jadi habitat (habit karat). kekadang tak dapat kurang seposen pun macam nak bertumbuk (tarik rambut?). cuba pandang si penjual.. selain 1001 sebab dia meniaga, 'ya' adalah jawapan sekiranya ada tawaran hidup yang lebih baik. mungkin aku agak terlebih kesian, tapi lebih baik daripada kesiankan pembeli yang terang2 balik pakai kereta besar.
nampak sorang makcik tertunggu2 pembeli. sedap nampaknya kueh yang dia jual. betapa berseri muka bila aku tanya harga. lebih berseri seolah nak buat menantu bila wang bertukar tangan. punya seronok bila barang terjual, biar sikit tapi bagus buat permulaan. dalam hati aku benar2 teringatkan mak kat kampung. baru jumpa minggu lepas tapi air tangannya bila memasak tu susah betul nak lupa. kueh makcik tu aku dah ilang selera...
penjual tebu yang berisiko tinggi. emmm.. nampak gaya tahun lepas dia ni la jugak. tahun ni dah upgrade 2 mesin. aku risau je kalau2 dapat tebu merah. yela.. dok letih2 puase, kang ada tersorong tangan... haiihh.. aku blah sambil cuba melupakan kesedapan tebu segar masa bebuka..
"ko nampak je dorang tu camtu, banyak duit tu.." ayat biasa kawan aku bila aku share pengalaman aku di pasar tadi. hmmm, ni lagi satu.. ayat dengki atau ayat penyata? aku lebih nampak macam dengki.. hehehehe.. aku pun naik pelik, macamana la kebanyakkan orang macam tau je income orang lain? ke ade sifat Jage Tepi Kain Cik Kiah? hmmm... biarlah orang kita berduit. kita masih harus terus menyokong walaupun mungkin mahal sedikit. bukan apa, mereka jual 100 untung rm2, kita jual 10 untung rm2 jugak. agak mahal tapi jika itu harga yang boleh aku bayar untuk melihat bangsa aku meningkat, aku sanggup!!!
macam biasa.. ada satu baris ayat last..

No comments: