Sep 24, 2007

urut?

urut keruk syiling
satu kaedah urutan yang agak menyakitkan tapi menurut si tukang urut ianya amat sesuai untuk mengeluarkan angin2 dalam badan. proses mengambil masa sekitar 20minit. anggota badan yang dikeruk akan kemerah-merahan dan mungkin agak kehitaman bagi yang mempunyai masalah angin dalam badan yang kronik. sejauh mana kebenaran kaedah urutan ini masih lagi tinggal sekadar buah mulut mereka yang pernah mengalaminya di mana kebanyakannya mungkin serik untuk mengulangi proses menyakitkan ini.
cadangan: apa kata keruk kepala big2 bos yg tersandar kenyang setiap masa tu.. manalah tau kot2 baru nak teringat gaji tak bayar lagi...


urut batin
salah satu kaedah urutan jarak jauh biasanya untuk kes-kes patah tulang. juga untuk rawatan penyakit lain yang setakat ini kurang popular. kebiasaannya pesakit akan berjumpa dengan si pengurut sekali sahaja dan diberikan beberapa petua sebelum proses urutan ini berlangsung. kaedah jarak jauh ini dipercayai dapat memulihkan pesakit walaupun ada yang mengatakan ianya tidak logik. pesakit perlu bersedia kerana urutan ini akan dijalankan pada masa yang mungkin tidak sesuai tetapi respon mengatakan ia biasanya terjadi pada waktu malam.
cadangan: pihak bank patut menggunakan khidmat ini untuk "mengurut" kad2 kredit yg dipatahkan oleh pengguna akibat terlalu byk utang... hehehehe

urut aroma terapi
kegemaran golongan wanita di pusat salon kecantikan di mana proses ini menggunakan beberapa jenis haruman dan latar belakang muzik yang tenang. urutan ini bertujuan untuk menenangkan perasaan dan lebih bersifat psikologi. tukang urut tidak menggunakan tenaga yang banyak tetapi perlu cekap memilih otot yang keletihan bertujuan melegakan di samping bijak melayan perbualan dengan pesakit. golongan wanita biasanya mungkin memilih untuk mendapatkan khidmat ini sekitar awal bulan atau pun pada bila-bila masa untuk menenangkan perasaan di samping ketika menjelangnya hari persandingan.
cadangan: ahli politik yg bertanding kena dapatkan khidmat ni sebelum hari mengundi sbb konfem jiwa tak tenteram akibat duit byk abis berkempen. tapi lepas abis mengundi, kena datang lagi utk menenangkan pikiran sbb kalah... yelah, nk pikir strategi baru.. kalo menang... hehehe... nk pikir camana nk lari dari janji... wakakaka

urut sosial
amat popular dipraktikkan oleh tukang-tukang urut dari negara luar bertujuan melegakan stress pesakit yang mungkin lebih stress selepas diurut. tukang urut biasanya tiada sijil dari mana-mana institusi perubatan tradisional malah mungkin langsung tidak pernah mengurut. kebiasaan pesakit boleh mendapatkan khidmat ini di pusat-pusat rawatan yang agak tersorok di ibu kota yang mempamerkan tanda perniagaan berlainan daripada perkhidmatan yang ditawarkan. mengikut kajian, kaedah ini amat popular bagi golongan berumur dipercayai kerana lemah-lemah urat dan kekuatan pendapatan mereka kerana bayaran urutan ini agak mahal.
cadangan: isteri2 kat umah kena perati sbb kalo suami tetiba pandai urut, ada la dia kemana2 tu...

urut duit
digemari oleh kaki judi atau orang yang percaya kepada kekayaan sekelip mata tanpa usaha. popular bagi golongan kaki nombor ekor juga di mana mereka berpendapat urutan ini bakal menaikkan nombor taruhan mereka kepada hadiah pertama. tukang urut hanya perlu bermodalkan kemenyan dan kata-kata mistik serta tidak perlu bertanggungjawab sekiranya tidak mujarab kerana dia sendiri tahu urutan ini tidak pernah mendatangkan hasil. memetik kata tukang urut dari utara, tok din (bukan nama sebenar), "kalo betui la menjadi, baik aku urut duit aku sendiri...".
cadangan: cadangan ditutup.. hehehe

2 comments:

byl said...

urut sosial?
cdgan 2 cm ada pngalaman je.
=p

(anda telah ditag, sila ke page byl utk mdptkan soalan2nya)
wajib jwb!
=)

posmen said...

[b]y [y]oung lady:

x paham..
malas pk.. :)