Sep 20, 2007

bicara malam di tepi tembok

org tua: nak buat apa sini malam2?
org muda: ntah, tengok kete kot..
org tua: owh.. banyak ke kete lalu tadi?
org muda: emm.. adala jugak. kekadang bas. lori payah sikit
org tua: pasal apa lori kurang?
org muda: hehehe.. mungkin sebab dorang lalu highway kot
org tua: highway belah mana pulak? sini kan jalan kampung..
org muda: highway baru, masuk ikut ujung pekan. pakcik tak tau ke?
org tua: pakcik bukan orang sini nak..
org muda: owh.. asal mana pakcik ni? datang sini buat apa?
org tua: asal pekan sebelah. datang jenguk sedara sakit
org muda: sape plak sakit kat sini? setau saya seme ok je.. tak tau la kot2 tak sampai berita
org tua: husin, cikgu pencen yang duduk rumah hijau kat simpang depan kedai tu
org muda: oooo... cik usin kelapa
org tua: haah.. husin kelapa. sian dia.. jatuh pokok petang tadi. parah jugak
org muda: isk3... kesian.....
org tua: ok lah nak.. pakcik nak ke sana sekarang. jumpa lagi.. assalamualaikum
org muda: waalaikumsalam.. baik2 jalan. kejap lagi kami ke sana..
org tua: yelah.. pakcik beransur dulu..

suatu perbualan ringkas yang memperlihatkan tutur kata anak muda terhadap orang tua. keadaan ini amat biasa sebenarnya.. cuma segelintir orang memandang kaki lepak ni sebagai sampah masyarakat. tidak salah tetapi juga tidak benar.. kaki lepak amat berperanan sebagai pengawal kampung, pengawas keadaan anak2 dara pingitan dan pelbagai lagi faedah yang mereka sumbangkan. cuma mereka tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi. tapi, yang mengaku menjana ekonomi juga koruptor sifatnya.. tak semua lah.. sama banyak dengan kaki lepak yang menyetan kot.. ?? jadi.. sama je la keduanya.. tapi kenapa yang kena satu pihak? jawapannya mungkin sebab pakaian? atau kereta? atau wa ampu sana wa bodek sini? hehehe... para koruptor semua.. awas!! jika anda terus begitu, suatu hari negara kita akan jadi negara pengeluar kaki lepak tersohor dunia.. kerana apa? fikir sendiri..

org tua: baik budak tadi dari anak aku.. keja je bagus, tapi perangai kurang ajar. kuat makan rasuah plak tu.. macam ni ke nak doakan aku nanti? hishhh (gumam sambil menyedut asap kretek)

aku: saje tepikir sebab ramai orang malas pikir

2 comments:

byl said...

huh!
bkn malas pk ke?
=p

posmen said...

[b]y [y]oung [l]ady:

a'a laa... ntah..

mls pk