Oct 24, 2007

pengalaman?

"pengalaman mengajar erti kehidupan"

sebaris ayat yg selalu diungkapkan oleh ramai manusia. tapi selalunya pengalaman sekadar bertukar menjadi ingatan. bukan benar2 menjadi pengajaran. bodohkah kita kerana melupakan segala pengalaman yang dilalui semata2 kerana ianya pahit? atau butakah kita kerana ianya kurang menarik? pengalaman yang kita kutip sepanjang kehidupan ini adalah cermin keperibadian kita. jika tidak dipedulikan, mungkin kita akan lupa dan terpaksa melaluinya sekali lagi. sedangkan telah tersedia panduan dari pengalaman tersebut yang dapat memberi erti kemanisan mahupun kepahitan dalam kehidupan. jika takut pada kegelapan, pasti kita akan cuba meneranginya. namun jika tidak pernah merasai, bagaimana kita tahu bahawa gelap itu menakutkan?

rasailah kesakitan kerana dari situ kita tahu apa penawarnya.. peace

1 comment:

byl said...

setuju.

welcome back!