Oct 24, 2007

warung pak kosan

semasa aku singgah di JaTim baru2 ni, sempat pulak singgah bebuka di sebuah warung kepunyaan pak kosan. warung ni memang tempat peberet aku sebab dia akan masak bila kita order. so, sentiasa panas. lagipun, tokey warung nih memang dah kenal aku. warung ni kecik je tapi bersih dan agak jauh dari jalanraya. bukan apa, kebanyakan warung2 kat sini biasanya di tepi2 lorong / jalanraya. so, agak kotor sebab byk kereta lalu lalang. sambil2 makan tu aku usha gak sekeliling, manalah tau kot2 lalu mariana renatta ke, julia perez ke, revalina ke.. hohoho... yelah.. mana tau kan.. nak makan kat hotel, macam tak best lak aku tgk. murah tapi tak kena selera. lauk macam2 ada termasuklah ayam goreng dengan kepala2 skali. ishhh.. nape tak letak kepala kambing dalam tray tu skali.. ape daa...

"tambah es jeruk buk," kata aku sambil melipatgandakan pengusharan meliputi depan kedai cd kat ujung jalan. alahai... rabun dah rupanya aku ni.. tak berapa nak nampak la pulok. bebuka kat sini awal.. kul 6.15 dah leh makan. tapi ari dah makin gelap. mujur la warung ni ada lampu. kekadang tu aku tgk, lampu gas je. selambe.. janji jualan laku. bukan org nak makan lampu, ye tak? sesekali aku sengih2 kat cewe kat depan aku. bebuka sorang2 lak tu.. tapi aku rasa dia ngeri tgk aku kot. rambut mengalahkan dia.. hahahaha.. pakailah pantene.. dijamin oleh lever brothers.. sengih je la.. pak kosan plak sebuk dok citer pasal ekonomi negara dia kat aku yang tak berapa paham ni. dia nih golongan puak berhaluan kiri. maksud aku, dia ni geng pembangkang. lantak ko la labu.. abis dengan negara kita pun dia sebut2. mane yang dia tibai tu, aku back up la. sampai kes negarakuku tu pun dia tau. tang tu dia marah giler. patriotik la pakcik nih. salute2.. bini dia plak sebuk marahkan anak tak moh pakai baju. org nak makan pun jadi kecoh. tapi kat sini memang budaya diorang cakap terus terang. pada kita mungkin agak kasar tapi itulah mentaliti diorang. cuma kekadang aku rasa sifat tu tak sesuai dipraktikkan depan pelanggan. atau mungkin aku je terasa kot.. org dia slambe je. ape2 je la...

aku beredar lepas bayar harga rp20000. lebih kurang rm7 je. tapi makanan yang aku tibai macam2. ayam setengah ekor, nasik, ulam, sayur kangkung tumis dan es jeruk 2. kalo kat tempat kita aku rasa mau rm20 kot. silap2 lebih lagi. sebelum blah sempat bersalam2 dan wish slamat ari raya, sempat gak ulur duit raya ke anak pakcik kosan nih. comel budak nih. suka aku tgk gelagat dia.

aktiviti malam? terawih la.. terawih kat sini meriah macam malam raya.. ramai giler manusia. siap takbir2 lagi.. dan aku pun terus teringat kat org tua di kampung.. huhu

2 comments:

byl said...

Hooo!
G Indo lg ye?
Bukan filipina ke?

*weh, bile lg nk design spec tuk aku?

posmen said...

budak (lara):
filipina next yr. bulan pose nih merata aku bejalan. ntlah story.. :) btw, ko betui ke nk aku design spec ko nih.. hehehe ala2 durian mau ka? hehehe