Jan 8, 2008

bukan sekadar renungan

innalillah...

takziah buat sahabatku yang baru2 ni kehilangan ayah. walau berapa sedih pun kitorg rasa, lagi sedih kamu dan keluarga. ingatlah, yang pergi telahpun melepasi tahap cubaan di dunia. kita yang tertinggal ni sebenarnya lebih menyedihkan kalo tak ambil iktibar.

"ya Allah, jika Kau siksa mayat ini, segalanya adalah kerana dosa2 nya sendiri. tetapi jika Kau ampuninya, segalanya adalah kerana kebesaranMu yang maha agung."

begitulah antara petikan talkin yang aku rasa cukup meresap kalbu bila aku dengar. lagi satu part "segalanya benar". mati, alam kubur, soal jawab, siksa kubur, pengadilan, mizan, titian sirat hinggalah syurga dan neraka... semuanya benar.. talkin ni memang untuk kita yg masih hidup. sebab tu masa awal2 Nabi berdakwah, baginda tidak menggalakkan orang melawat kubur pasal masa tu org pegi kubur untuk tujuan syirik. bila Islam dah berkembang dan iman mula meningkat, baginda menggalakkan ziarah kubur. semuanya supaya kita sentiasa mengingati mati.

orang yg paling kuat ialah mereka yg bersabar.
orang yg paling bijak ialah mereka yang sentiasa mengingati mati.

lagi satu, selepas 7 langkah sanak saudara yg terakhir meninggalkan kubur, roh si mati akan dipulangkan ke tubuhnya dan bermulalah soal jawab. jadi, ada satu ustaz ajar.. apabila selesai urusan talkin dan siram2 air tu, sebaik2nya ahli keluarga terdekat; isteri @ suami dan anak2 duduk dan baca al-Fatihah 3 kali, selawat, doa minta diampunkan dosa2 si mati. ustaz tu cakap, yang tak boleh duduk dlm golongan terakhir ni ialah golongan/org yang menyebabkan kematian si mati tadi. juga ustaz tu bagitau sebaiknya isteri, bukan madu si mati (jika si mati ialah lelaki berpoligami). rasional? wallahuallam.. yang pasti, jangan lak tak nak balik2 sebab tak bagi malaikat datang.. dia datang jugak beb... cuma kita yang hidup ni terpisah dari mengetahui urusan2 alam kubur.. Subhanallah..

bagi yg berhajat untuk menghadiahkan pahala kepada si mati, bolehlah menunaikan solat hadiath. nak tau? sila rujuk buku2 panduan solat2 sunat. buatlah.. tu sebab manusia ni ada keturunan. supaya kita boleh berubah menjadi anak yang soleh dan layak untuk menyampaikan pahala2 kepada org tua kita.

satu kisah.. ada seorg pengembara bertanya kpd seorang sufi, di manakah arah menuju ke kota. lalu ditunjuk ke satu arah. maka dgn lajunya pengembara berjalan menuju ke arah yg di tunjuk. sampai hujung jalan.. yang nampak ialah kawasan perkuburan. marahlah si pengembara dan terus berkejar semula ke sufi tadi. selepas puas kena sound dgn si pengembara, maka berkatalah si sufi.. "bukankah kota ialah tempat manusia semakin ramai berhimpun?"..

buat sahabatku, semoga Allah swt mencucuri rahmatNya kepada roh si arwah. berazamlah kuat2. moga dimudahkan perjalanan kamu. sesungguhnya jalan yg dipilih bakal memudahkan urusan kamu sekeluarga di akhirat nanti. aku bersyukur memiliki kamu sebagai sahabat.

... al-Fatihah

14 comments:

Anonymous said...

Yap! Ingatan untuk orang yang masih hidup.

arsaili said...

takziah...semoga kita mengambil iktibar..mati itu pasti..itu janji Allah

Lily Abdullah said...

Takziah untuk keluarga si mati. Peringatan untuk yang mau beringat.

Kejap kak Lily nak g solat ngeh3.

ps: ala dik, lagu tu boring ngeh3.Selalu sangat keluar kat retro Sinar.

Najib Ariyan Ali Basha said...

Assalamualaikum,

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429, semoga kehidupan di tahun yg baru ni akan lebih membahagiakan...

Beruang madu aka HoneyBear

Lily Abdullah said...

Salam Maal Hijrah. Mana puisi-puisi itu?

ps: lagu Wing best!!

Inah said...

selamat tahun baru 1429 hijrah =)

peringatan yang bagus skali =)

pandagumuk. said...

semonge peringatan itu sentiasa diingati.
selamat tahun baru :D

13may said...

AlFatihah

blackpurple @ jowopinter said...

Sama-sama ingat-mengingatkan. Itulah seeloknya. :)

arsaili said...

salam sdr posmen, sihat ker..lama tak update?

Anonymous said...

Mati itu pasti.

Mak Su said...

kita pun hanya menunggu masa untuk berhimpun di kota

Lily Abdullah said...

Oit..oit..update.bila nak update? (pinjam ayat bang naga)

posmen said...

azzam:
yup.. semoga kita dapat iktibar..

arsaili:
benar bro.. janji yg pasti..

ya, sy sihat. cuma keja je x sihat.. bz bangat.. hahaha

kak lily:
ya ka.. saya jrg dengar redio.. heh heh

puisi? hehehe ade2.. simpan bwh bantal.. dh submit buat lirik hahaha

en beruang:
salam jugak. sori la lewat wish. thanks bro

cik inah:
ya.. sy menyampaikan je.. :)

pandagumuk:
ye cik panda.. tengkiu2 :)

en 13may:
thanks bro!!

bp:
sama2 ambil iktibar.. :)

phu ying:
sob sob.. pasti dtg walo kita lari kemana pun..

mak su:
ingat sy nk booking siap2 la.. hehehe

gurau2 je ye mak su..