
last month untuk siapkan segala tuk nenek keja yg tertangguh before masuk new year. aku mmg suka dgn keja aku (walopon kekadang boring tahap cipan tapi sebenarnya cipan tiada kena mengena dlm keja aku). aku rasa mcm nk bela cipan sekor. sesapa rasa prangai mcm cipan, boleh la jugak apply.. aku suka dateline, terkejar2 dan keserabutan yg boleh membuatkan aku hilang di alam fana.. adrenalin aku akan merembes dan membentuk antibodi supaya imun kepada hal2 lain selain kerja.. emm.. aku mmg suka kerja aku.. cayalahhh (kata linda onn)
ada sebulan lagi nk prepare sambut cuti new year. besanya aku sambut new year dgn family kt kampung. prepare? mmg kena prepare sebab aku kena jadi chef de mission ini taun. seme harap aku setelkan program ni. program? ya.. program makan2 sambil mengukur kedalaman pusat. bukannya tak best tgk bunga api kat sini, tapi masa tu seme adik beradik aku cuti 2-3 ari dan balik reramai ke kg. tu yg best. macam raya.. taun ni rasa nak buat bbq kot.. kamben2 kat kg aku sure glabah dah ni.. jage ko kamben hahahaha.. err.. sarip dol adalah bukan adik beradik aku.
xmas!! aku jadi santa kelaus bawak ponjot isik hadiah pastu pi laga2 perut ngan mamak.. hehehe.. sebenarnya, tiap2 xmas aku akan lepak ngan membe2 cina kat mamak sampai pagi. diorang ni membe lame2 aku. tiap2 taun mamak akan panik diserbu oleh kumpulan kapak cau sin chi.. koh keh kui kui.. kira acara tahunan la ni sbb diorg dah ramai yg kawen.. masa ni je nk lepak.. ada sekor yg dah 8 taun aku x jmpa tu (dia jd tokey kat vietnam) konfem join taun ni. dan secara otomatisnya aku akan pau dia semahu2nya hahahaha (gelak besar macam dapat moto pawar rut)
aku akan lebih matang next yr.. yearghhh.. so dlm bulan terakhir umur skang, aku seperti besa akan mula menyemak (baca: periksa) kekurangan yg patut aku perbaiki termasuk rasional rambut aku yg semakin meyemak (baca: rimas) ni. apekah adekah perlu aku menggondol dan berubah muka dari alien kepada manusia? atau membiarkan kealienan aku ini semakin menjadi2? sila rujuk channel discovery untuk mengetahui kisah orang utan (tiada kena mengena dgn aku)
juga antara keseronokkan bulan doblas yg slalu aku buat tiap2 taun.. riding! hahaha.. kami dah konfem akan berangkat ke cherating @ pd (tgk cuaca) beramai2 untuk menonton gusti di kedai pak amid (bukan nama sebenar) sambil makan buah2an tempatan. ini acara tahunan jugak. lepak semalam dua di mana2 yg sudi menerima kedatangan geng2 jahat ni. ada yg bawak family tapi naik keta la. pastilah aku akan membawa rod sbb di mana ada air di situlah ada ikan melainkan tandas jua. huh.. dapat ikan aku nk panggang pastu cecah air asam.. huihhhh
macam sibuk je bulan doblas nih..