WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
chorus:
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang bakal menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Kuatkan semangat teruskan usaha
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA
4 comments:
aku suke gle lagu ni.sedeyh.
huhu
huhuhuwaaa
waaaa sob sob
sedih tapi kena teruskan jugak misi menjadi rakyat berguna.. (cakap sambil pegang bendera)
hehehe
Salam sauadara Posmen,
Sudah lama saya mencari lirik lagu ini..kerana saya telah terlupa akan liriknya..tapi tidak pernah lupa melodinya, Seingat saya lagu saya pernah nyanikan sewaktu umur 14@15 tahun bersama-sama teman-teman sekelas. Cikgu kami memang berjiwa patriotik - sayangkan anak2 Mealayu. Jika sekarang mungkin beliau digelar 'racist'.
waterlily:
salam kembali..
setiap bangsa memang ada misi masing2.
semua bangsa pula perlu hormat satu sama lain.
(berucap sambil pegang bendera jugak) hehe
Post a Comment